Lantas, perkongsian pengacara berusia 39 tahun ini telah mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk mengetahui nama cahaya mata kedua pasangan selebriti ini.
Ads
Rancangan Schawal Baby Boom ini dibawakan oleh majalah Pa & Ma dan telah bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Ads
Sekadar informasi, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan memiliki seorang anak perempuan nama bernama Lara Alana, 7 tahun.
Kini, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua pada 12 Februari lalu.
Foto: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon, Elfira Loy telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27 tahun.
Lantaran itu, Elfira ada memuat naik sebuah video sepanjang majlis sambutan itu berlangsung sebagai tanda kenang-kenangan.
Jelas Elfira, keluarga merupakan keutamaan buat dirinya malah dia juga sanggup untuk melakukan apa sahaja demi membahagiakan orang-orang yang disayanginya itu.
“27th Birthday. Good Morning! hehe. Saja El nak kongsikan video pada majlis harijadi el sebagai kenangan kat sini.
“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada Rm100, El bagi 100 semua kat diorang.
“El lagi sangup takde duit dari tengok orang lain takde duit. Sebab el sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, segala rezeki yang dia miliki ketika ini bukan hanya miliknya seorang tetapi terselit juga bahagian buat orang lain.
Lantaran itu, Elfira turut berpendapat segala nikmat yang telah dikurniakan terhadapnya boleh hilang dalam sekelip mata andai tidak dimanfaatkan dengan baik.
“Until now , i still believe that whatever i have now is not mine tapi milik semua orang. Bila bila je boleh hilang.
“Sebab tu whatever i do , el mesti fikir orang lain dulu,” jelanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap tersebut selain turut mendoakan semoga Elfira sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Elifa telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Faris Khairul pada tanggal 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Rayyan Khalaf.
Sumber: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meluahkan rasa sayu apabila mengenangkan nasib mangsa-mangsa yang terkesan ekoran insiden kebakaran yang berlaku berhampiran Pasar Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Adibah, Keramat merupakan salah sebuah tempat yang sangat dekat dengan hatinya lebih-lebih lagi apabila bergelar anak kepada guru yang pernah berkhidmat di sebuah sekolah berdekatan dengan kawasan kebakaran tersebut.
sekolah sebelah tu tempat arwah emak mengajar sejak kami pindah ke keramat pd tahun1978.
bila dia ke pasar keramat selalu dapat diskaun/ percuma drp gerai ibubapa anak2 muridnya.
moga yg terkesan drp tragedi ini diberikan kesabaran dan kekuatan dan mendapat pampasan. https://t.co/RGq7MZgfx4
“Sekolah sebelah tu tempat arwah emak mengajar sejak kami pindah ke Keramat pada tahun 1978.
Dalam pada itu, pelakon filem Talentime ini turut sempat mengimbau kembali momen-momen sewaktu dia bersama arwah ibunya membesar di kawasan tersebut.
“Bila dia ke Pasar Keramat selalu dapat diskaun/ percuma daripada gerai ibubapa anak-anak muridnya,” katanya lagi.
Rasa hiba itu dikongsikan oleh Adibah menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Adibah turut berharap agar mangsa-mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan kesabaran bagi menempuh detik sukar ini.
“Moga yang terkesan daripada tragedi ini diberikan kesabaran dan kekuatan dan mendapat pampasan,” jelasnya.
Terdahulu, penduduk dan peniaga di sekitar Pasar Keramat telah digemparkan dengan satu insiden kebarakan yang telah memusnahkan lebih 40 gerai di kawasan tersebut pada 17 Mac lalu.
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Komander Operasi Kanan, Mohd. Suhaimi Mohd. Razali memaklumkan, bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 5.26 petang, menggerakkan lima jentera FRT, dua jentera ‘water tanker’ dan satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama 58 anggota ke lokasi.
Katanya, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP Wangsa Maju dan BBP Jalan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran.
Bagaimanapun, orang ramai dapat menarik nafas lega kerana tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahu terus mencari rezeki buat keluarga, pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia tidak boleh meletakkan sandaran kepada dunia lakonan semata-mata kerana peluang yang ada di luar sana perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Perkembangan industri hiburan lokal kini menerusi kehadiran bakat baru yang datang dan pergi menyebabkan peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin kini optimis untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih serius.
“Sudah hampir 10 tahun saya berlakon. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk saya dalam bidang hiburan tetapi saya tidak boleh terus berpuas hati kerana apa sahaja boleh terjadi. Jadi perancangan itu perlu ada.
“Umur pula sudah semakin meningkat malah bakat baru juga semakin ramai. Jadi tidak salah untuk saya mahu mencari ‘back-up’ lain untuk terus memberikan keselesaan kepada isteri dan juga anak-anak. Rezeki itu kan luas, tinggal lagi kita perlu usaha dan berdoa.
“Kini saya sudah mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Jika dahulu, saya hanya menjadi duta kepada sesebuah jenama, tetapi kini saya muncul dengan produk sendiri untuk dipasarkan kepada orang ramai.
“Alhamdulillah, selepas beberapa lama ia akhirnya berada di pasaran. Kira impian menjadi kenyataan,” kata Saharul.
Mengakui pernah beberapa gagal dalam bisnes yang diceburi, namun bintang drama bersiri Cinta Sekali Lagi ini masih mahu mencuba kerana menyifatkan ilmu itu penting bagi memulakan sesuatu perkara.
“Sebelum ini pun sebenarnya saya sudah mula berniaga. Kalau peminat masih ingat, saya pernah mengelurkan produk serunding sendiri. Percubaan itu kurang mendatangkan hasil kerana saya tiada ilmu sebelum memulakan perniagaan.
“Kini, saya berani mengeluarkan modal kira-kira RM250,000 untuk membangunkan perniagaan haruman aromatic, Ode Scents di bawah syarikat Pack Houz Sdn Bhd bersama rakan kongsi, Nadzir Samsuddin.
“Dengan ilmu yang saya kumpulkan sebelum ini ketika menjadi duta beberapa produk selain mempunyai rakan yang sudi membantu, saya komited untuk meletakkan sepenuh usaha membangunkan perniagaan ini.
“Saya tak nak berputus asa kerana saya mahu memberikan yang terbaik. Berbekalkan pengalaman, ilmu dan usaha yang tidak putus, saya yakin ia bakal menghasilkan maklum balas positif,” katanya lagi.
Produk keluaran Saharul yang dijual RM15 itu boleh digunakan di dalam kereta serta kediaman dan mempunyai lima jenis wangian iaitu Island Escape, Perfect Peony, English Fresia, Summer Dream dan Wild Fig.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ada yang mengecam kerana kerap menggunakan perkataan ‘aku kau’ ketika ke udara, pengacara dan penyampai radio, Elly Arifin menerima segala teguran dengan berlapang dada dan hati yang terbuka.