“Dah 10 Minggu Baby Duk Diam Dalam Perut I,” – Belum Alami Alahan Ibu Hamil, Hos Anim Ezati Kini Berbadan Dua

Share

Pengacara Anim Ezati Rizki berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama. Usia kandungannya kini sudah pun mencecah usia 10 minggu.

Sambil merakamkan saya syukur atas rezeki zuriat yang bakal dilahirkan, hos berusia 28 tahun ini juga akui pada awalnya, dia teragak-agak untuk berkongsi, memandangkan dirinya masih merasakan dirinya belum bersedia.

Perkongsian tersebut dibuat Anim sehari lalu menerusi Instagram.

“Banyak kali fikir nak upload and share this to all of you, sbb entah lah. Im afraid im not ready! Tapi I have to, sbb makin ramai dah tegur and tanya kenapa nampak lain, makin berisi dan sebagainya. Ya, memang berisi ya.

“Dah 10 minggu baby duk diam dalam perut I. No morning sickness, no nothing, such a good baby lah you! Alhamdulillah. Ada yang kata belum lagi, kalau boleh tak nak lah,” tulisnya.

Anim turut memberi dedikasi istimewa buat suami tersayang.

“To my beloved husband, Thank you for taking care of me, our future baby and layan my unstable emo etc. Omg! That’s so scary ok.

“So hard to handle stress at this time, hence I decided to make few “changes” in my life for the sake of our baby. Of course, i will share about this one too.

“Di sini, Anim minta doa kalian, untuk kesejahteraan baby dan keluarga saya. To Mom’s life,” maklumnya lagi.

Anim dan suaminya, Mohd Fadli Sahudin, 38, mendirikan rumah tangga pada 28 Disember tahun lalu.

Foto: Instagram Anim Ezati

IKLAN