Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin, 39, atau lebih dikenali sebagai Mamat didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah memasukkan dadah berbahaya di dalam tubuhnya enam tahun lalu.

Mamat membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Noor Aisyah Ahmad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Melayu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didapati memasukkan dadah jenis methamphetamine di dalam badannya di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada jam 3.30 petang, 21 Mac 2011.

IKLAN

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut akta yang sama.Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

IKLAN

Dalam prosiding tersebut, peguam, Arwa Abdul Rahman yang mewakili Mamat memohon hukuman ringan diberikan kepada platun lagu Untukmu Ibu itu memandangkan kes berkenaan berlaku enam tahun lalu.

IKLAN

“Anak guam saya ditahan pada 2011 dan kini dia sudah lama bebas dari penyalahgunaan dadah.

 

“Mamat juga kini sudah bekerja sebagai jurujual jualan langsung serta turut menanggung tiga anaknya,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Mamat menjalani perintah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis selama dua tahun dan sekiranya tidak membayar denda tersebut dia boleh dikenakan hukuman penjara lima bulan.

Sementara itu, abang sulung Mamat, Nor Kamarudin ketika ditemui memberitahu, pihaknya tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut dan menghormati keputusan mahkamah.

“Perkara ini dah lama berlalu, saya kira ini semua adalah urusan polis dan kami semua menghormatinya serta ikut saja segala prosedur.

 

“Mungkin ada sikit kesilapan di pihak kami, sebab benda dah lama. Ingatkan kami dah selesaikan semua hal yang berlaku, tak sangka ada yang tertinggal. Jadi tiada masalahlah, kita selesai cara elok saja,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI