
Pelakon Fattah Amin menzahirkan rasa syukur apabila ramai pihak menganggap majlis perkahwinannya bersama isteri tercinta, Amira Othman, sebagai ‘Wedding Of The Year’.
Menurut Fattah, mereka tidak menyangka sambutan yang diterima begitu luar biasa dan hanya mahu memberikan yang terbaik buat keluarga serta sahabat handai yang hadir meraikan hari bahagia mereka.

“Bila ada peminat yang katakan ini ‘Wedding Of The Year’, kami pun gembira. Kami sebenarnya hanya ingin berikan yang terbaik.
“Majlis perkahwinan ini merupakan salah satu cara untuk kami memberi semula kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang datang.
“Seperti majlis pada malam ini, kita menyambut kehadiran keluarga sebelah Amira. Bila di Johor haritu, mereka menyambut keluarga saya.
“Jadi, bila orang lain gembira, kami sangat bersyukur. Kami cuma nak menggembirakan semua orang,” katanya kepada MH.
Fattah dan Amira ditemui ketika majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Melawati Convention Center, Kuala Lumpur pada Ahad.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut mengenai perancangan cahaya mata, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Kami aminkan sahaja. Soal jodoh dan rezeki ini kita serahkan kepada Allah SWT. Bila sampai waktunya, pasti ada, InshaAllah,” ujarnya ringkas.
Enggan Layan Komen Negatif
Dalam pada itu, Amira Othman menjelaskan mereka memilih untuk tidak mengambil peduli terhadap komen-komen negatif yang masih ditinggalkan segelintir pihak berhubung perkahwinan mereka.

“Kami cuma doakan semoga mereka semua mendapat hidayah. Saya pun tak pasti mengapa mereka berkata sedemikian. Lagipun, kami tidak mahu tengok komen-komen negatif itu.
“Pada saya, itu adalah pendapat masing-masing. Nak puaskan hati semua orang, kita tak mampu. Yang penting, kita tak buat jahat dan dengki dengan orang lain.
“Malah, kita turut doakan buat mereka yang tidak gembira itu, Allah berikan kegembiraan kepada mereka. Jadi, kami tak mahu ambil kisah sangat.
“Kami mahu hidup dalam keadaan aman dan damai. Kami tak terjejas dengan komen netizen. Hidup kita ini bukan nak puaskan hati orang lain sahaja.
“Kita juga ada urusan yang lebih penting. Perkara yang tak penting, kita tak perlu layan. Untuk buat orang suka kita, itu di luar bidang kuasa kami,” katanya.
Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat diijab kabul di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu.
Difahamkan, pasangan ini bakal mengadakan satu lagi majlis resepsi khas bagi meraikan para peminat yang setia menyokong perjalanan seni mereka selama ini.
View this post on Instagram
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Instagram Fattah Amin & Amira Othman
@mediahiburanofficial Replying to @sygkucing Pelakon Fattah Amin menzahirkan rasa syukur apabila ramai pihak menganggap majlis perkahwinannya bersama isteri tercinta, Amira Othman, sebagai ‘Wedding Of The Year’ 💫. Menurut Fattah, mereka tidak menyangka sambutan yang diterima begitu luar biasa dan hanya mahu memberikan yang terbaik buat keluarga serta sahabat handai yang hadir meraikan hari bahagia mereka❤️. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




