‘Cuba Lawan Naluri Yang Dalam Tu’ – Nasihat Yusuf Azmi Buat Sajat

Sebut sahaja nama Sajat pasti semua orang kenal dengan pengasas kosmetik terkenal ini kerana sering dikaitkan dengan isu jantinanya.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sudah berjumpa dengan Sajat dan akan membuat pengesahan jantina usahawan ini tetapi akan mengambil tempoh yang agak panjang.

IKLAN

Baru-baru ini Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi menerusi sumber Sinar Harian menyeru orang ramai supaya lebih berhemah apabila bercakap mengenai isu jantina pengasa kosmetik itu kerana Islam telah mengajar kita cara yang paling baik untuk menangani isu ini.

“Saya sebenarnya bukan ahli nak bercakap soal ini, tapi saya cuma nak beritahu ada cara nak nasihat golongan ini.

 

“Kita kena tarbiyah mereka, ajak kepada Islam jangan jauhkan mereka daripada Islam,” katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu Yusuf juga sempat memberikan beberapa nasihat buat Sajat untuk berdepan dengan isu yang dihadapinya ini.

“Saya nak beritahu kepada Sajat cuba lawan naluri yang ada dalam itu, dekat dengan ALLAH, lawan, sebab tiada perkara dalam hidup ini ALLAH turunkan adalah untuk rosakan kita,” katanya.

Katanya lagi, masyarakat perlu memberi Sajat peluang untuk berubah.

IKLAN

“Perlakuan dia yang lain bukan baik…tetapi soal naluri terlalu kuat jadi sukar untuk dia jadi kena lawan, oleh itu masyarakat perlu beri ruang dan peluang untuknya berubah dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

MH juga bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Yusuf kepada Sajat dan buat netizen di luar sana jika hendak menegur, terdapat cara yang lebih baik daripada melemparkan kecaman kepada Sajat.

Sumber: Sinar Harian