Ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, selebriti turut memainkan peranan mereka dalam menyampaikan pesanan khidmat masyarakat.
Malah ada yang menyampaikannya dengan cara kreatif, seperti yang dilakukan pelakon, Catriona Brian Ross.
Pesanan Catriona telah menarik perhatian umum apabila dia menyampaikannya dalam loghat Kelantan.
Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu, pelakon Cintai ini menyeru orang ramai supaya membersihkan terlebih dahulu setiap barangan yang dibeli di pasar raya sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan COVID-19.
Seperti sedia maklum, penyanyi Datin Alyah gemar berkongsi video masakan di akaun Instagram miliknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.
Menerusi entri terkini Alyah di laman media sosial berkenaan, penyanyi berusia 39 tahun ini memaklumkan terdapat segelintir netizen yang ‘bergaduh’ mengenai soal resepi masakan di ruangan komen.
Lalu, Alyah mengharapkan netizen untuk tidak berbuat demikian antara satu sama lain dan lebih bersikap terbuka.
“Ingat ya ini cara saya…Saya buat video ni tak ada niat nak paksa orng ikut apa saya buat cuma nak berkongsi resepi mungkin ada yg buntu nak masak apa hari ini.
“Jadi terimala seadanya klu tak nak ikut tak apa bole buat cuci cuci mata sempena pkp ni k…kiss skit,” tulisnya.
Pengarah dan penerbit, Michael Ang menerusi satu pautan di Instagram meluahkan rasa apabila keadaan rambutnya yang semakin panjang.
Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Sweet Dreams ini ada bertanya untuk menukar gaya rambut kepada botak sekiranya berjaya meraih 3000 tanda suka dari kalangan pengikutnya.
“Salam semua! Stress dgn rambut aku. Haruskah aku botak kan rambut aku? Cuba comment sikit!
“Kalau aku dpt 3k like aku take it u all setuju la! Luv u all n stay safe,” tulisnya.
Tidak dinafikan, tugas sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah satu tanggungjawab mudah dalam keluarga.
Baru-baru ini, pelakon Ozlynn ada berkongsi cerita perihal keluarganya menerusi akaun Instagram miliknya.
Isteri kepada pelakon dan pelawak, Johan itu memaklumkan dia pernah pasang impian untuk menambah cahaya mata.
Bagaimanapun, dia pada masa sama tepaksa memikirkan mengenai situasi semasa kini.
“Hurmmmmm kena paksa layan tau.. kalau x dia ngamok.. masa ni la rasa mcm nak ada baby lagi.
“Tapi bila kenang dh 30an nih rasa dh mcm serba serbi x cukup.. dari segi masa, perhatian, kerja.. dan masa pkp ni la aku dan suami gunakan masa sebaik mungkin.. rasa seronok sgt tiap hari ngadap muka dorg,” tulisnya.
Jozlynn pada masa sama turut berkongsi cerita sikap suami apabila menjaga anak-anak.
“Walaupun kdg ada jugak label “mak ko ijo” jadi kat aku mane tak nye.. kita masok dapur kejap masak keluar depan tgk haaaaa terabur toys.. mmg bertukar Hulk aku.
“Masa tu baru nmpk bapak dorg.. buat2 berdehem.. n buat2 konon tegur anak “ haa kan papa dh ckp, lepas main kemas..” nak tambah tunjuk dia care lagik “ sayang, u dh siap masak? Xpe u g i tlg jaga budak abes td tu dia buat apa wehhhh.
“Haha mau x hijau ko.. apa pon aku syg family kecik aku.. korg sume pls stay at home ok.. jaga diri elok2.
“Rider sume plsss jgn bwk motor laju2 semata nak kejar customer ok.. keselamatan diri perlu.. P/S: JGN SLIDE SMP ABES!!! BANTAL BUSUK MAMA TU DIKKK!!JUJUR CKP CAMERA TU ROSAK XDE NAMPAK GAMBAR PON.. TP KAMI LAYAN MOLEIQ SEOLAH KAMERA ITU ELOK.. , “ jelas Ozlynn panjang lebar.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...