Memulakan karier pada lewat tahun 80-an, pelakon senior, Mustapha Kamal bukanlah satu nama yang asing didalam industri seni tanah air.

Mengecap populariti menerusi filem yang mencetuskan fenomena, Sembilu dan Sembilu 2, siapa sangka nama Mustapha kini masih lagi relavan dan menjadi pilihan para pengarah meskipun usianya telah mencecah 59 tahun.

“Confuse! Tengah Tengok Tik Tok Ke Drama Ni,” – Jadi ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal Buat Ramai Terhibur “Confuse! Tengah Tengok Tik Tok Ke Drama Ni,” – Jadi ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal Buat Ramai Terhibur

Walaupun tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, namun, lakonan yang dijayakan oleh Mustapha dilihat masih mampu meninggalkan kesan di hati para penonton.

Malah, watak sebagai seorang bapa daripada keluarga konglomerat yang sering dibawakannya dikebanyakkan drama turut dilihat sudah sinonim dengan sosok pelakon asal Kelantan itu.

Lantas, para peminat turut telah menggelarkan Mustapha sebagai ‘CEO Megah Holding’ dek kerana watak yang sering dimainkannya itu.

“Confuse! Tengah Tengok Tik Tok Ke Drama Ni,” – Jadi ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal Buat Ramai Terhibur

Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Mustapha dilihat telah memuat naik sebuah video yang memaparkan aksi bersahajanya melakonkan watak sebagai ‘CEO Megah Holdling’.

IKLAN

Setakat ini, video berdurasi 33 saat itu nyata menarik perhatian ramai pihak yang rata-ratanya terhibur melihat telatah bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

@mustaphakamaalMeeting dengan Putera Arab Saudi pasal Hotel 8 stars dalam laut diArab Saudi … semoga dipermudahkan dan menjadi kenyataan … aamiin♬ original sound – Mustapha Kamal

“Meeting dengan Putera Arab Saudi pasal hotel lapan bintang dalam laut di Arab Saudi.

“Semoga dipermudahkan dan menjadi kenyataan,” selorohnya.

IKLAN

Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 400,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

“Confuse! Tengah Tengok Tik Tok Ke Drama Ni,” – Jadi ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal Buat Ramai Terhibur

Rata-rata netizen dilihat amat terhibur selain turut menyarankan Mustapha supaya memperbanyakkan lagi konten-konten berbentuk sedemikian.

“Papa understood the assignment.

IKLAN

“Confuse tengah tengok Tik Tok ke tengok drama.

“Harap papa boleh serahkan Megah Holding pada saya lepas ni.

“Papa balik cepat tau. Dah siap masak bihun goreng dengan fresh orange,” antara reaksi-reaksi lucu netizen di laman Instagram.

“Confuse! Tengah Tengok Tik Tok Ke Drama Ni,” – Jadi ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal Buat Ramai Terhibur “Confuse! Tengah Tengok Tik Tok Ke Drama Ni,” – Jadi ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal Buat Ramai Terhibur

Terdahulu, Mustapha kini telah pun memiliki lebih 70,000 jumlah pengikut di aplikasi Tik Tok.

Sekadar informasi, sepanjang bergelar anak seni, Mustapha pernah memenangi beberapa augerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Popular serta Pelakon Filem Pembantu Popular di Anugerah Bintang Popular pada tahun 1990 dan 1994.

Sumber: Instagram & Tik Tok Mustapha Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI