Kumpulan Coex diumumkan sebagai peserta kelima yang tersingkir daripada Big Stage 5, malam tadi sekaligus gagal bersaing di peringkat suku akhir, minggu hadapan.
Coex menyampaikan lagu Cupid yang dipopularkan oleh Fifty Fifty tersingkir selepas menduduki tiga tempat tercorot di samping Aufahanie dan Dem Lepak Boyz.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional minggu ini;
1. Nadeera Zaini – 97.67%
2. Firdaus Rahmat – 85.00%
3. Waode – 84.33%
Ads
4. Hoondoo – 82.67%
5. Putera Muhammad – 80.00%
6. Puteri Khareeza – 69.00%
7. Aufahanie – 67.00%
Ads
8. Dem Lepak Boysz – 60.33%
9. Coex – 57.33%
Bertemakan Selebriti Memilih, kesemua peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Misha Omar.
Ads
Sementara itu, Nadeera memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Minggu hadapan, para peserta akan menyanyikan lagu-lagu pilihan juri dalam saingan suku akhir.
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan kelakuan seorang pemandu lelaki yang bertindak menampar kepala seorang wanita gara-gara kurang berpuas hati dengan cara pemanduannya.
Insiden tersebut dikatakan berlaku di Jalan Tapah menghala ke Cameroon Highland.
Sebelum bertindak menampar, lelaki tersebut juga dilihat telah menengking wanita dan turut menghemburkan kata-kata kesat.
Video viral tersebut kemudiannya dimuat naik semua oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi laman Instagram miliknya.
Jelas Yana, dia amat kecewa dengan tindakkan lelaki berkenaan yang menggunakan kekerasan terhadap wanita.
Menerusi ruangan kapsyen, Yana turut memanjangkan video tersebut kepada pihak polis.
“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully macam ni kena ajar sikit adab dan etika sebagai manusia,” tulisnya.
Sementara itu, netizen dan rakan-rakan artis juga turut meluahkan rasa geram selain turut berharap agar lelaki tersebut dikenakan tindakan undang-undang.
“Abang ni dengan perempuan dia tepuk-tepuk la. Cuba abang gadang besar yang bawa kereta tu? Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni. Dia tahu tu bukan lawan dia. Memang taraf gangster pukul perempuan ke macam mana?,” komen pelakon, Zulin Aziz.
“Kesiannya Ya Allah. Kenapa ada manusia macam ni? Kalau dia ada isteri, kesiannya isteri dia,” kata pelakon, Mawar Rasyid.
“Nak kenal juga babi ni siapa. Kurang ajar sangat,” balas pelakon, Rozita Che Wan.
“Apa punca nak marah sangat? Kot ye pun jangan la suka-suka nak tunjal kepala anak orang tu,” respon penyampai radio, Feeya Iskandar.
Terdahulu, video yang dimuat naik oleh Yana itu telah pun meraih lebih 400,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Yana Samsudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lima tahun melebarkan perjuangan dan amanah murni melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dan Syahadah, Akademi Al Quran Amalilllah atau AKMAL menambah lagi lima cawangan baharu tidak lama lagi.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan akademi itu sebanyak 10 yang sekaligus memperbanyakkan lagi ruang dan peluang melahirkan ‘fast track’ tahfiz dalam tempoh kurang setahun.
Sehingga kini akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail, pihaknya terus berdaya saing dan optimis menerusi penambahan lima lagi cawangan baharu.
“Lima cawangan baharu yang akan dibuka ialah di Seremban (Negeri Sembilan), Sungai Petani (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kelantan dan Kuantan (Pahang).
“Usaha kita untuk terus melebar dan mengembangkan pengaruh AKMAL takkan pernah berhenti. Semua ini jihad dan harap ia dipermudahkan sentiasa,” katanya.
Hussin berkata demikian ketika berlangsungnya acara Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi AKMAL 4.0 tanggal 5 Jun lalu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dalam satu kenyataan.
Majlis yang dihadiri 2000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang mantan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diserikan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.
“Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 4.0 ini menyaksikan 140 orang pelajar tamat pengajian dengan cemerlang termasuk sembilan daripadanya bergelar Syahadah.
“Kita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan iaitu Tengku Maisarah yang juga anakanda kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma Harundan suami, Ustaz Tengku Fadzli.
“Puteri ketiganya itu menjadi Hafizah Al-Quran dalam tempoh tujuh bulan di AKMAL. Kejayaannya dan semua amat membanggakan kami dan tentunya keluarga mereka,” katanya lagi.
Hussin dalam pada itu turut mempelawa lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai AKMAL.
Malah, pengambilan pelajar baru kemasukan kini dibuka, boleh daftarsegera di laman web rasmi mereka sebagai boleh belajar secara dalam talian.
Sementara itu, Ustazah Asma turut berkongsi kegembiraan dan kesyukuran di platform laman sosial mengenai kejayaan puterinya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu.
“Allahu Akbar, sungguh sebak dan sayu. Saya sendiri baru tahu anakanda kami, Maisarah (Tengku Maisarah) berjuang dalam tempoh 7 bulan 10 hari untuk khatam hafazan 30 Juzuk Al-Quran.
“Maklumat tersebut saya baca daripada jemputan rasmi acara dianjurkan. Kami memang menyaksikan kesungguhan, nekad dan air mata kelelahan Maisarah.
“Kami tak pernah memaksa atau meminta untuk Maisarah selesaikan hafazan dalam tempoh yang secepat ini. Namun, setiap kali jumpa, Maisarah akan mintadoa dan beritahu bila impian khatam hafazannya.
“Semua dengan izin dan pertolongan Allah jua. Terima kasih semua termasuk para guru dan pihak AKMAL. Juga kalian yang selama ini turut mendoakan, moga kembali pada kalian,” kata Ustazah Asma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa merasakan perubahan vokal merupakan perkara normal buat seorang penyanyi seiring perubahan zaman dan peningkatan usia.
Bagaimanapun, Rossa berharap agar perubahan suara yang dimaksudkan itu tidaklah ke arah yang lebih teruk.
“Saya kurang maklum sekiranya ada yang membandingkan vokal saya sekarang ini dengan ketika di awal pembabitan dulu. Bagi saya, secara semula jadi suara berubah mengikut peredaran masa.
“Selain daripada faktor usia, kadang kala suara juga berubah mengikut trend. Mungkin ketika itu, trend menyanyi berbeza dengan trend menyanyi lima tahun kemudian.
“Apa lagi saya sudah menyanyi selama 25 tahun, jadi semestinya vokal tidak sama dulu. Mudah-mudahan berubah bukan menjadi lebih teruk sebaliknya menjadi lebih baik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran konsert dan album terbaru, Another Journey The Beginning yang berlangsung di The Curve, Damansara pada Selasa.
Sementara itu, Rossa akui teruja dengan sambutan luar biasa peminat Malaysia menjelang Konsert Another Journey: The Beginning yang bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 Julai ini.
Meskipun baru sahaja mengadakan konsert 25 Shining Years di Plenery Hall, Kuala Lumpur tahun lalu, Rossa memaklumkan konsert kali ini sememangnya berbeza memandangkan ia bakal berlangsung dengan lebih santai.
“Saya memang menantikan untuk mengadakan konsert di Zepp KL. Kawan-kawan pun bagitahu suasana menyanyi di Zepp KL sangat seronok.
“Kebanyakkan konsert saya di Malaysia sebelum ini berlangsung secara agak formal. Tiketnya juga lebih mahal. Konsert kali ini konsepnya lebih mesra dengan gabungan lagu lama dan baharu.
“Ini juga merupakan konsert jelajah bagi album terbaru saya. Jadi, saya sasarkan untuk menyanyi lebih daripada 20 lagu pada konsert itu nanti,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Rossa akui bersyukur kerana albumnya itu masih mampu terjual lebih 300,000 unit meskipun ketika ini ramai yang sudah beralih ke platform digital.
“Alhamdulillah, di Indonesia masih banyak permintaan untuk album saya memandang ia juga merupakan barang koleksi.
“Album ini merangkumkan pelbagai emosi dan turun naik saya sebagai manusia sepanjang dunia berdepan pandemik Covid-19,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...