“Cita-Cita Saya Dari Dulu Ingin Jadi Ibu, Nak Kahwin Awal,” – Elyana Dedah Dia Yang ‘Lamar’ Suami!

Share

Penyanyi Elyana mendedahkan dia terlebih dulu yang melamar suaminya, Khairul Anuar Husin dan memang sedari awal memasang impian untuk berkahwin awal.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Tak Percapai Akalmu ini menerusi Instagram bersama ucapan bersempena Hari Ibu yang disambut 8 Mei.

Elyana menambah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang kerana apa yang penting ialah hajatnya dimakbulkan.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.

“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya.. masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba,yang penting nak kahwin. Alhamdulillah, tercapai.

“Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana, diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN