Bagi yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah, sudah pasti merasai perasaan sama dilalui bintang versatil, Zulin Aziz.
Menerusi entri terkininya di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 31 tahun ini berkongsi cerita ketika berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
“Terima kasih @zayyan_kuala_lumpur terbangkan saya ke Tanah suci buat kali ke-2. .
“Kali pertama pun dengan Zayyan.Kenapa saya pilih zayyan lagi sbb sangat mudah berurusan dgn zayyan.Mutawif dan mutawifah yg selesa kita nak kongsi cerita,dah macam family.
“Kami masih berhubung baik walau dah setahun berlalu.Saya selesa.Masa umrah pertama,saya kongsi kisah suka duka saya,mereka kongsi pendapat,saya dapat sedikit rujukan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleeda Abdul Aziz meluahkan rasa rindu untuk untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.
“Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Saya tak pernah putus berdoa semoga saya dapat jejak kaki lagi ke tanah suci.Rindunya. Disana saya dapat focus ibadah.Berlari2 mengejar waktu solat,tak mau terlewat,tak nak tertangguh walau sesaat.
“Macamana tak rindu? Disana berlumba2 nak buat pahala. Masa di depan kaabah,saya berdoa ttg sesuatu.Hari2 disana saya minta petunjuk.Balik dari mekah saya sangat bahagia.Sangat.
“Hari demi hari saya bertambah bahagia.Allah jawab doa saya.Dan.. yaa .Allah tunjuk satu persatu.Bahagia yg saya nak tu bukan bahagia yg paling pantas utk saya.
“Seperti apakah?panjang ceritanya.Allah suntik kekuatan dalam diri ini.Biarlah hilang kebahagiaan yg saya nak sangat tu asalkan tak menyesal dikemudian hari
“Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.Terimalah aku sebagai tetamuMu lagi.Ada banyak yg jadi aku nak mengadu,berterima kasih dan bersyukur.
“Ya Allah jemputlah juga mereka yg berniat,Mampukanlah mereka ya Allah,Permudahkanlah ya Allah
Pelakon senior, Zul Yahya ada berkongsi satu rakaman video bersama peminatnya di akaun media sosial Facebook.
Menerusi rakaman video tersebut, Zul yang kini selesa mendekati agama ada memberikan pendapat mengenai isu hangat yang membabitkan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat.
Selain itu, rakaman video berdurasi 16 minit itu, Zul antara lain mengandungi kata-kata nasihat kepada penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu.
“Assalamualaikum Waramatullah ini isu berkenaan dengan pondan pergi ke Madinah Al-Munawarah dan Masjidil Haram pakai telekung apa kebodohnya kau ni?
“Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rahman Ya Rahim, kau kurniakanlah taufik dan hidayat untuk mereka ini. Kau tu dah nama Muhammad Sajjad, tolonglah janganlah bodohkan diri kau dan membodohkan orang lain dengan kebatilan kau.
“Saya ramai juga kawan-kawan pondan, kawan-kawan mak nyah tapi tak adalah seteruk ni bodoh dia.
“Kita ni manusia semua bodoh kalau kita ni pandai kita tak duduk dekat dunia ni.
“Jadi tolong eh golongan macam ni kalau kamu nak pergi umrah, kamu nak membuat satu ibadah yang baik yang menyukakan Allah S.W.T kamu kena tengoklah asal usul kamu dulu.
“Kamu kena ikut dulu hukum hakam yang betul janganlah main redah jer, main langgar kepala bana betul lah. Aku geram betul lah, aku geram sangat-sangat,” katanya.
Bagi setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti mahukan anak-anak berjaya di dunia dan juga diakhirat.
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Didie Alias ada meluahkan perasan dan berkongsi cerita perihal kisah hidupnya di akaun Instagram.
Jelas ibu kepada 5 orang cahaya mata ini, dia memaklumkan dirinya pernah ditimpa ujian ketika mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Salam Jumaat Semua Tak tahu nape nk tulis jugak…Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal.
“Akulah Mak Akulah Bapak utk mencari rezeki sorang2 untuk besarkan mereka, sekolahkan,didik dorang,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,smp anak2 pun tak penah tahu aku nie ade duit ke tak.
“Aku kuat kerana dorang.Amanah Allah yang diberi tanggungjawab yg sangat besar utk aku.Membesarkan 5 org anak mase tu bg aku rase ya allah mampu ke aku,siang aku keja pejabat,ptg aku niaga sate kt kaki lima area umah aku,xde kwn baik family,aku taknak family aku tahu aku susah aku terseksa biarlah aku yg tanggung.
“Perit getir yang aku alami sebelum nie Allah balas dgn kesenangan hidup, kebahagiaan hidup,walaupun aku tak kaya raya,tp cukup utk aku berada didunia sementara nie insyaallah.
“Allah gandakan lagi dengan kejayaan anak2 aku,sampai ade 2 org anak aku seblum nie aku tak mampu nk hantar dorang ke tadika langsung.psl aku xde duit.,” tulisnya.
Selain itu, pelakon berusia 48 tahun ini mendoakan agar anaknya menjadi seorang anak yang bertangunggjawab dan berjaya di dunia dan di akhirat.
“Terima kasih Allah Terima kasih Anak2 Syurgaku memjadikan MUMY seorang Ibu yang sangat dihormati sekarang,Mase aku menaip nie pun air mata aku meleleh dgn sendiri.
“Aku bangga dgn anak2 aku,Aku sanggup buat ape saje utk dorang.Dorang balas dgn kejayaan dorang.Syukur.
“Alhamdullillah Tahniah Kakak @niyardzn menjadi pendorong & semangat kpd adik2 kamu.Anak yang ber tanggungjwb,Mumy doakan kakak diberi kejayaan dunia & akhirat,Mumy sayang Anak2 Mumy hingga kehujung nyawa Mumy.
“Tqsm @razi.shn ambil tanggungjwb mumy Tqsm daddy @ishamismaildd Allah nampak keikhlasan u memikul tanggungjwb menjaga anak2 tiri u,” tulis Didie panjang lebar.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.