
Aamir Khan
Pelakon popular Bollywood, Aamir Khan selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan lamanya, Gauri Spratt dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung secara sederhana di kediamannya di Mumbai, India pada 5 Julai lalu.
Majlis intim penuh eksklusif itu dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat, sekali gus diserikan dengan kehadiran anak-anak daripada kedua-dua belah pihak.
Menurut laporan New Straits Times, pasangan tersebut memulakan hari dengan mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah Akta Perkahwinan Khas (Special Marriage Act) sebelum meneruskan majlis perkahwinan tertutup, sekali gus melengkapkan semua urusan perundangan pada hari yang sama.
Antara tetamu terkenal yang hadir ialah bekas pemain kriket Irfan Pathan, pelakon dan pelawak Vir Das, serta pengarah filem Ashutosh Gowariker.
Turut bersama memeriahkan majlis ialah anak-anak Aamir iaitu Junaid Khan, Ira Khan dan Azad Rao Khan, selain anak lelaki Gauri Spratt daripada perkahwinan terdahulu, sekali gus menyatukan kedua-dua keluarga.
Pelakon filem 3 Idiots itu sebelum ini memaklumkan dia memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana dengan hanya disaksikan ahli keluarga serta sahabat terdekat.
Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Aamir selepas perkahwinannya bersama Reena Dutta dan Kiran Rao, manakala bagi Gauri Spratt, ia merupakan perkahwinan keduanya.
Aamir dan Gauri dilaporkan mula mengenali antara satu sama lain lebih dua dekad lalu sebelum kembali bertemu dan menjalinkan hubungan cinta.
Hubungan mereka akhirnya didedahkan kepada umum pada Mac tahun lalu, bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Aamir yang ke-60. tahun kelahiran Aamir yang ke-60.
Sumber: News Straits Times & Indian Express