Tular baru-baru ini mengenai video DSV yang ‘mandi’ duit dan barang kemas mengundang kritikan dan perhatian ramai di media sosial.

Video tersebut seolah-olah menunjukkan kekayaan yang dimilikinya sedemikian rupa secara terbuka. Ada juga yang berkata DSV atau nama sebenar Datuk Seri Dr. Hamiza Othman seolah-olah bersikap riak dan menunjuk.

Bagaimanapun, DSV yang dihubungi MH Online berkata dia juga takut mendedahkan terlalu banyak duit dan barang kemas kepada umum, tetapi baginya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan.

Cincin Rama-rama DSV Jadi Perhatian

Tambah DSV apa yang dia tunjukkan adalah satu cara agar orang ramai berusaha untuk berjaya sepertinya.

IKLAN

Dalam pada itu, netizen turut samakan video terbarunya dengan video terbaru milik penyanyi Taylor Swift, Look What You Made Me Do. Namun, DSV ada jawapannya yang tersendiri,

Cincin Rama-rama DSV Jadi Perhatian

“Saya tak sangka idea yang saya plan sebelum ni, Taylor Swift buat dulu video klip mandi dalam tab mandi dengan barang kemas dan duit. Tapi saya kena teruskan idea tu sebab prepair dah lama, so kita teruskan jelah,” jelasnya.

Cincin Rama-rama DSV Jadi Perhatian

IKLAN

Selain itu, menurutnya cincin yang dipakainya yang berbentuk rama-rama itu akan dijual kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

Menurutnya lagi, cincin rama-rama yang dipakai dalam video berkenaan adalah ditempah khas dengan harga RM600,000.

IKLAN

Cincin Rama-rama DSV Jadi Perhatian

Vida juga memaklumkan klip video yang penuh dengan warna-warni dan ceria itu bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini.

Wow belum dilancarkan pun sudah dapat liputan meluas, sampai keluar negara jiran, Indonesia! Tahniah DSV!

Cincin Rama-rama DSV Jadi Perhatian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI