“Chemo Adalah Untuk Kita Membeli Masa Hayat Dia,” – Dapat Tahu Ibu Kanser Usus Tahap Empat Tahun Lalu, Fazreen Rafi Bersyukur Ada Di Sisi Waktu Ibu Hembus Nafas Akhir
Pelakon Fazren Rafi berkongsi momen duka sewaktu menemani arwah ibunya tahun lalu di hospital. Walaupun masih mampu tersenyum dan menyembunyikan kesedihan apabila ibunya disahkan mendapat kanser usus tahap empat, namun dia tetap cuba memberi semangat dan berharap si ibu terus kekal positif.
Jelas Fazrin, berita itu dimaklumkan beberapa hari selepas menyambut Aidilfitri dan doktor menyatakan ibunya hanya punya masa sehingga enam bulan ke dua tahun.
“Tahun lepas raya ke 6 or ke 7.. dpt result dr doc yg sahkan mak faz kena cancer usus stage4 .. time nie faz baru lepas nangis tp bila jumpa mak faz, faz cuba sedaya upaya utk sorok sbb xnk dia sedih kiashnya faz lari jumpa doc balik tanya details pasal condition mak faz apa yg faz faham cancer nie xde ubat, chemo adalah utk kita membeli masa hayat dia.. faz redha.. faz tanya jangka masa yg faz ada utk mak faz.. doc ckp kalau ikut pengalaman 6bulan ke 2tahun.. itu yg buat faz berderai air mata tp dlm vid nie faz mmg cuba control dpn mak faz n faz tau ini lah moment paling sedih dlm hidup faz sbb faz dah kena prepare utk kehilangan mak faz,” kongsinya.
Ads
Bertekad mahu berikan yang terbaik untuk ibu kerana merasakan itulah Aidilfitri terakhir mereka bersama, Fazren bagaimanapun bersyukur apabila masih diberi peluang menyambutnya bersama pada tahun ini.
“start dr situ faz tekad utk buat yg terbaik utk mak faz sbb faz rasa itulah raya terakhir faz dgn ibu kesygan faz.. alhamdullillah mak faz kuat,faz dpt beraya dgn mak faz lagi tahun nie 2020.. walau 10hari sebelum raya dpt result scan cancer mama faz makin teruk n doc ckp dgn faz prepare for the worst.. 10hari sebelum raya mmg hari yg paling faz risau dlm hidup faz.. kalau dpt col dr papa n adik beradik sebelum angkat tue mmg laju jantung faz risau yg amat sbb faz mmg dah pasang niat faz nak ada disisi mak faz, faz nk tgk sendiri mak faz hembus nafas terakhir.. alhamdullillah termakbul semlm khamis 28/5/2020 tepat2 habis azan asar dlm dua min mama faz hembus nafas terakhir.. terima kasih mama jaga faz selama nie.. x mungkin faz akn lupakan mama sbb mama lah wanita terbaik yg ada dlm hidup faz.. walau faz rasa faz dah buat yg terbaik masa mama ada, tp skrg nie faz rasa x cukup x mungkin cukup.. faz akn sentiasa doakan mama sbb faz yakin doa faz akn sampai mama jgn risau ye ini je yg faz dpt tolong mama skrg.. love u mama,” tambahnya panjang lebar.
Instafamous Beby Tora Tora menerusi entri terbaru berkongsi kisah hidupnya sewaktu membesar dahulu.
Jelasnya, dia dan adik beradik lain dijaga oleh nenek memandangkan ibunya seringkali bertukar kerja.
Dia mengimbau kembali apabila terpaksa menadah air hujan dengan besen kerana bumbung rumah neneknya bocor.
Malah, kongsinya, cukup menyedihkan apabila ibunya dipandang rendah semata-mata kerana status ibu tunggal.
“Terlebih dahulu ingat meminta maaf jika ada salah silap slama ni .yang mmbenci saya ,maafkan saya ya .klau dngn melihat saya anda rasa tertekan dn tidak suka melihat smua video saya.
“Alhamdulillah syukur dngn kehidupan yg ALLAH beri pada saya ..saya hidup susah ..hidup dngn tokwan dn tuk dngn mama saya juga di kampung .mereka yng menjaga saya ,kakak dn adik .dulu mama saya brtukar bnyak keja untuk besarkan kami.
“Rumah tokwan bumbung bocor sana sini .stiap kali hujan tokwan akan tadah air hujan dngn besen ..sedih tngok tokwan.. mama saya berpluh kali kerja dngn orang tapi orang aniaya .ramai orng mngata kluarga kami susah.
“Ramai orang pandang rendah dngn mama sbb mama kami janda ..tak prnah merasa ada kereta dri kcik smpai la ke bsar ..tumpang kreta adik bradik ja stiap kali raya.
Namun sudah tertulis, rezekinya berlipat ganda apabila memasuki kolej sehingga mampu membelikan ibunya kereta, membaiki rumah neneknya dengan kos kira-kira RM50,000 dan lebih membanggakan, hajatnya tercapai membeli kereta secara tunai.
Mengenepikan kehidupan mewah, jelas Beby Tora Tora dia lebih suka menyimpan duit dan mensasarkan RM1 juta dalam simpanannya.
“Tapi rezeki Allah bagi brrlipat ganda sejak saya masuk kolej ..saya dpat bli mak saya kreta .dpat blanjaa kluarga saya ambik lesen .saya dpat prbaiki rumah tokwan saya habis smpai 50k tapi tokwan takdan nak tengok smua tu sbb dia prgi dlu ..saya dpat achieve kereta prtama saya cash pada tahun 2018.
“Saya achieve kreta kdua saya pada tahun 2020 ..saya mmg tak pakai beg mahal ,tak brcuti luar negara ,tak hidup mewah mcm orang kat luar sana ..sbb saya lebih suka menyimpan hasil yg sayaa dpat dn achieve apa yg saya nak dlam hdup.
“Saya target 1juta dlam bank saya dn saya akan achive tak lama lagi .skrag sya tngah mnyimpan untuk beli rumah saya sndiri ..sya nak achieve sbuah rumah plak lpasni.
“Saya tak prnah minta duit ssiapa .saya tak prnah minta orang follow saya.saya brdikari atas kaki saya sndiri ..tapi sya berterima kasih kerana tanpa ada siapa lah saya ..saya brjaya bahagiakan kluarga saya dn kluar dari zon hidup yang susah.
“Saya bljar ikat perut waktu duduk di asrama dn bljar byar yuran sndiri tanpa susahkan mama saya ..klau saya makin gemuk,tlong jangn condemn ..Allah kurniagakn rezeki suami yg baik ,yang pnyayang ,brtangungjwab tapi Allah belom beli rezeki zuriat .anda taktau saya struggle mcmna nak kuruskan bdan.
“Berkatalah yang baik di bulan ramdhan, maafkan saya, insyaAllah saya akan brhenti buat review tak lama lagi .saya akan stop dn anda pun tak prlu la stress lagi yee,” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.