Minggu lalu pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim keempat baru sahaja membuka tirai namun begitu pelbagai drama telah didengari daripada minggu pertama rancangan tersebut.

Tempoh hari kecoh tentang gurauan Nabil selaku host terhadap salah seorang peserta, Hazami dengan memegang leher penyanyi tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang selesa kepada Hazami.

Terbaru pula chef terkenal negara, Chef Wan telah memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram miliknya dengan menulis di ruangan kapsyen bahawa dia diberitahu oleh seorang pihak produksi bahawa dua pengacara rancangan tersebut, Jihan dan Nabil telah terasa hati dengannya.

IKLAN

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

“Semlm i was informed by one of the Astro production crew that Nabil and Jihan was upset by my comment about them. What i said apparently would also instigate others to dislike them. Betul ke tidak yg disampai kan to my ears that is the honest truth. Now when saya tanya Aishah about her voice being still powerful despite her weight and short neck is because my chinese Sporano friend did tell me her voice can sing nada tinggi sebab tengkok dia agak tinggi. After that i felt menyesal dah terlepas kata dan saya appologised to Aishah on my IG update yg lalu takut dia pula terasa hati. Cepat2 saya mohon maaf. Now as for both this host issue that was brought up its not something new pun and i did not have the intention to stir up things and make my fans marah lagi kepada mereka. That is not true pun. Saya tegur secara baik. Bila di rumah kita buat kesilapan mak dan bapa kita akan menegur mau pun guru di sekolah. Please take this constructively so that u both can improved for the better. This issue is not new. Dato Ramli mlm itu ada adviced saya..” pls CW tegur mereka jika mereka over sikit tau, kasi kan! ” Saya pulak tak nak mengeruh kan suasana mlm itu and choose not too as we are there to be happy and to be entertain. Sat ni saya tegur jatuh pula air muka mereka. Tapi being a new jury to the show saya juga nampak all this contoh2 kurang baik cara org muda bertutur kepada org yg lebih tua. Ini tentu sekali tidak baik untuk anak2 muda yg lain menonton to see that its ok to do so. Bergaul dgn org tua2 mesti ada batasan dan hormatnya seperti di sekolah juga bersama sama guru kita yg kita harus hormati. Dah la negara kita banyak issue2 off lately anak2 muda yg kurang ajar di sekolah atau bersama ibu bapa mereka. So this is not acceptable at all! Baik apa pun jika kedua mereka merasa hati saya memohon maaf lah disini,” tulis Chef Wan.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Chef Wan tentang cara bertutur dengan orang yang lebih tua. Sepatutnya yang muda perlu hormat dalam berbicara kepada yang lebih tua.

IKLAN

Sebagai selebriti setiap yang dilakukan sering menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak muda.

IKLAN

Namun begitu mungkin juga setiap kata yang dikeluarkan oleh Nabil dan Jihan hanyalah gurauan semata-mata. Mungkin juga itu cara mereka mengendalikan pentas Gegar Vaganza.

Sumber: Instagram Chef wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI