Tidak dinafikan, setiap kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan pasti mengundang gelak tawa netizen.

Masakan tidak, kata-katanya yang ada ketika serius tetapi masih lagi dalam nada humor membuatkan ramai yang terhibur dengan selebriti yang sinonim dengan panggilan Che Ta ni.

Baru-baru ini, MH sempat bertanya mengenai persiapan rayanya pada tahun ini. Selain berceloteh mengenai baju rayanya yang dikatakan sudah ada berpuluh pasang, pelakon drama Kak Marr ini juga mengakui dia tidak sabar untuk sambut raya setiap kali mendengar lagu raya malar segar.

IKLAN

“Kalau nak dikatakan teruja atau tidak sambut raya, saya tengok baju raya pun dah tak sabar nak raya. Dah gantung baju dan susun kuih raya siap-siap.

 

“Bagaimanapun, bila dengar lagu raya itulah buat buatkan perasaan itu lagi teruja. Malah kalau berada di pusat beli-belah sekalipun, bila dengar lagu raya excited itu akan rasa lebih,” katanya jujur.

Che Ta Kata, Tiada Istilah Kasut Raya Sebab Baju Raya Labuh Tutup Kaki. Tapi Beg Raya Ada!

IKLAN

Ditanya lagu raya manakah yang menjadi pilihannya, Che Ta mengakui dia mempunyai beberapa seleksi lagu raya kegemaran.

IKLAN

“Bukanlah yang lama sangat. Misalnya lagu Satu Hari di Hari Raya dan Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza,”akui Che Ta.

Sementara itu, melihat kepada dirinya yang tidak pernah kalah dalam bergaya, MH sempat bertanya adakah setiap kali menyambut lebaran, dirinya ada istilah ‘kasut atau beg raya’? Jelasnya;

“Kasut raya tak sangat sebab baju yang saya pakai kebanyakan labuh sampai tutup kaki. Tapi kalau beg raya tu, sesekali adalah. Nak tahu jenama apa, tunggulah saya OOTD nanti!” akhirinya.

Foro: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI