Ads

Chadwick Boseman Belajar Silat Harimau Demi Black Panther

Bukan mudah rupanya bagi untuk menjayakan watak adiwira, Black Panther ini. Banyak seni mempertahankan diri yang perlu dipelajari.

Perkara tersebut didedahkan oleh pelakon utamanya sendiri yang membawa watak T’Challa, Chadwick Boseman di mana dia mempelajari beberapa seni mempertahankan diri termasuklah silat.

“Bagi memastikan keunikan adegan lawan di dalam filem ini, pengarah, Ryan Coogler mahu saya melakukan kajian ke atas seni bela diri seluruh dunia.

 

“Banyak perbincangan kami lakukan dalam menghasilkan koreografi menarik adegan lawan.

“Ia melibatkan gabungan gaya pertempuran seni bela Brazil, capoeira yang dihubungkan dengan bentuk seni Afrika iaitu Angola dan juga tinju Dambe serta gusti Senegal.

 

“Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan Silat Harimau bagi mereka satu identiti warisan fiksyen kaum Wakanda,” katanya kepada Strait Times.

Terdahulu, Boseman pernah menarik minat orang ramai apabila memuat naik video di laman Instagram miliknya melihatkan dia sedang berlatih ‘silat’.

Ads

Melalui pemerhatian MH, banyak komen bertanyakan seni bela diri tersebut, ada yang mendakwa ia kali silat dari Filipina, Pencak Silat dari Indonesia dan juga Silat Harimau dari Malaysia.

Chadwick Boseman Belajar Silat Harimau Demi Black Panther

Ads

Chadwick Boseman Belajar Silat Harimau Demi Black Panther

Ads

Chadwick Boseman Belajar Silat Harimau Demi Black Panther

Anda mungkin berminat dengan

Pada MH, tak perasan lah pulak pergerakan seni silat ini semasa menonton filem tersebut tapi sebagai rakyat Malaysia, bangga jugalah seni warisan tanah air dipentaskan di filem antarabangsa.

Mungkin, kena tonton lagi sekali baru perasan kot seni silat harimau itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Selamat Melahirkan Anak Lelaki Seberat 3.7KG,” – Wanna Ali Selamat Bersalin,...

Tahniah diucapkan kepada pelakon Wanna Ali yang selamat menyambut cahaya mata lelaki sulung secara pembedahan, awal pagi semalam. Berita gembira itu dikongsikan ibunya yang juga...
error: Hello. Cannot.