Cermin Kereta Depan Dan Belakang Pecah, Peserta Big Stage Sandra Dianne Terlibat Kemalangan

Share

Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne dilapor terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebentar tadi.

Menerusi gambar yang diterima, seperti yang dipetik Gempak, keadaan kereta Sandra dipercayai dinaiki bintang muda itu berada dalam keadaan remuk pada bahagian depan.

Turut kelihatan, cermin di bahagian hadapan dan belakang kereta juga pecah.

Difahamkan, Sanda kini sedang dirawat dan dalam kejadian berlaku dipercayai apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.

Malah, sehingga kini pembabitan Sandra bagi konsert keempat Big Stage masih lagi tidak dapat diputuskan.

Apapun, sama-sama kita doakan semoga Sandra tidak mengalami kecederaan serius.

Sumber: Gempak

IKLAN