Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Shamsul Ghau Ghau yang telah pun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca, pada Isnin.
Di samping berkongsi momen bersama pengikut di akaun Instagram miliknya, Shamsul atau nama lengkapnya Shamsul Azahar Aliddin ada berkongsi cerita tentang kesan sampingan yang dialaminya selepas menerima suntikan vaksin tersebut.
Menurut Shamsul, dia hanya mengalami kesan sampingan seperti keletihan, tidak bermaya dan mengantuk selama tiga hari berturut-turut.
“Nie Dia Pak Su Punya Video dan Gambar Bukti Pak Su dah ambik Vaksin #astrazeneca di #ppvukmbangi Dos Pertama Pada 17hb Mei 2021 Dos Ke Dua Pada 19hb Julai 2021.
“Alhamdulillah…Dos Pertama Pak Su Tumbang 3 Hari.Dos Ke Dua nie, dari semalam sampai hari nie dok tido lagi.
“Badan Dedor, sengal sengal Badan dan Mata Mengantuk ajer. Jom Tidoq di Hari Raya Aidil Adha ini. Semoga Allah Angkat Virus ini Jauh Jauh. Ameen @auteuredflm@kementeriankesihatanmalaysia @qualitashealthmedicalgroup #ppvukmbangi,” tulisnya.
Pelakon, Hanna Aqeela bersyukur dengan susunan perjalanan kerjaya seninya selama ini meskipun mengakui namanya tidak sepopular pelakon-pelakon lain.
Jelas Hanna, dia sebolehnya tidak mahu mempersoalkan mengenai perkara tersebut kerana menganggap rezekinya selama ini tidak pernah putus.
“Saya selalu terima soalan sebegini. Sebab semua orang tahu saya dah lama berkecimpung di dalam dunia seni ini tetapi masih lagi belum dikenali ramai.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu merungut mengenai perkara tersebut sebab bagi saya, selagi saya masih mempunyai kerja, saya okay sahaja.
“Jika satu hari nanti saya mungkin tiada tawaran lagi, mungkin ketika itu saya akan mempersoalkan mengenai perkara ini,” katanya kepada MH.
Mengakui saingan daripada pelakon-pelakon lain tidak kurang hebatnya, namun, Hanna mendedahkan dirinya meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap kualiti serta bakat lakonan yang dimilikinya.
“Buat masa ini saya amat bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya. Job saya sentiasa ada
“Kalau nak bersaing dengan pelakon-pelakon baru yang lain, saya hanya sandarkan kepada bakat-bakat saya.
“Saya harapkan para penonton dan orang-orang yang pernah berkerja dengan saya boleh terima karya saya seadanya.
Bintang berusia 31 tahun itu berkata sedemikian ketika dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Ketika ramai pihak merasi tekanan dek kerana cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang tempoh pendemik ini, Hanna memaklum para anak seni juga tidak terkecuali daripada perkara tersebut.
Lantaran itu, Hanna turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa kekal tenang dan memperbanyakkan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh meredakan tekanan.
“Kita semua tak dapat lari daripada merasai tekanan. Sebagai pelakon, kami dah biasa keluar bekerja. Fikiran kami juga selalu memikirkan mengenai macam-macam jenis watak. Sebab kita mainkan watak yang berbeza dengan diri kita.
“Jadi, bila terjadinya pendamik ini, kita semua terpaksa duduk rumah hanya dan hanya berdiam diri. Bila tak buat apa-apa, sudah tentu ia memberi kesan kepada kami. Kita akan stuck seketika.
“Apapun, kita tetap kena mencari sesuatu yang boleh menghilang tekanan tersebut. Kita tak boleh mengharapkan orang lain dan kena berusaha sendiri. Mungkin kita boleh mulakan dengan menyayangi diri kita sendiri,” akhirinya.
Drama bersiri ‘Suara Hati’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan.
Drama bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105).
Malah, ia juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah genap 10 hari pemergian bapa tercinta, pelakon, Arja Lee mendedahkan dirinya masih lagi merasai kehilangan individu yang amat disayanginya itu.
Jelas Arja, sejak ketiadaan bapanya, dia merasakan rutin kehidupannya juga telah banyak berubah.
Bagaimanapun, Arja mendedahkan dia akan tetap reda dengan segala ketentuan tersebut meskipun bakal meneruskan kehidupan tanpa doa daripada kedua-dua ibu bapanya lagi.
“26.06.2021 kami telah kehilangan sebelah lagi pintu syurga buat kami iaitu Abah kami imam kami penjaga kami hero kami Haji Ramli bin Haji Uteh.
“Hari ini genap sepuluh hari hidup kami tanpa doa Abah. Tiada lagi panggilan Abah bila telefon di telinga, tiada lagi dialog berbunyi ” abah buat ape tu? Abah sihat ker?” Tak kan ada lagi semua itu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Rembat itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Arja turut dilihat menitipkan doa semoga kedua ibu bapanya itu sentiasa tenang di alam sana.
“Abah moga Allah menempatkan Abah dan Mak bersama sama hambaNya yang dikasihi. Meluaskan kubur Abah dan Mak. Menjadikan kubur Abah dan Mak menjadi taman taman di syurga.
“Penuh dengan ehsan dan kasih sayangNya.Kami pasti akan menuruti Abah dan Mak tika sampai saatnya nanti!,” pintanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Arja agar dia dapat meneruskan kehidupannya selepas ini.
“Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan diantara para solihin.
“Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Diletakkan dalam syurga firdaus.
“Sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak dekat arwah setiap kali rindu.
“Salam takziah stay strong Arja,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Arja Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.