Baru-baru ini, pelakon cantik Raja Ilya menerusi sebuah portal ada memberitahu dirinya sudah pun dilamar seorang lelaki asal Perth, Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG. Malah, pasangan ini khabarnya turut melakukan persiapan perkahwinan sedikit demi sedikit dan mengakui bakal menamatkan zaman bujang September tahun depan.

Bagaimanapun, ada cakap-cakap netizen yang membayangkan apa yang diberitahu pelakon filem Soulmate Hingga Jannah itu sepertinya suatu gimik memandangkan dirinya tidak pernah memuat naik  foto gerangan lelaki yang dimaksudkan.

IKLAN

Raja Ilya ketika ditemui MH memberitahu, apa yang dikongsi sebelum ini kepada media bukanlah gimik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak. Sebaliknya, ada sebab dia mengambil pendirian untuk tidak memuat naik foto lelaki yang dicintainya kini.

IKLAN

“Cerita nak kahwin bukan gimik. Bagi saya benda yang baik tak perlu untuk letak gambar ke apa. Sebab saya percaya, kalau kita muat gambar nanti akan ada orang betul-betul doakan yang baik-baik untuk kita dan begitu juga sebaliknya. 

 

“Lebih baik hanya saya dan dia untuk jaga hubungan dan kami pun sepakat bila semuanya sudah okay, declare betul-betul dan menjelang hari berkahwin, barulah kami akan expose. Yang penting bukan gimik,” katanya. 

Sementara itu, Raja Ilya ketika ditanya mengenai persiapan kahwinnya dengan lelaki tersebut turut menjelaskan, setakat ini tiada lagi persiapan yang utama. Hanya sekadar perancangan, termasuk soal cincin dan tema majlis sanding.

IKLAN

“Sebab saya pun dikejutkan dengan lamaran ini, jadi persiapan pun saya serahkan pada dia. Cumanya dia adalah kongsikan gambar cincin, pergi ke kedai barangan kemas dan kongsi cincin bagaimana yang saya suka.

 

“Saya okay saja. Begitu juga dengan tema sanding. Yang pasti insyaAllah kami akan buat dua majlis. Satu di Australia dan di sini,” kongsi Raja Ilya yang bakal ke lokasi filem Patriot, September ini. 

Foto: Instagram Raja Ilya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI