MH pasti ramai di antara korang yang mengenali pemain gitar terkenal daripada kumpulan Kristal, Rody.

Ha untuk pengetahuan korang semua, Rody ni bukan hanya berbakat dalam bidang muzik tapi dia juga ada bakat mengacara tau!

Rody bakal tampil dalam sebuah rancangan bertajuk ‘Cedocu’ sebagai pengacara dan ini merupakan kali pertama dia menceburi bidang pengacaraan.

Mesti korang tertanya-tanya kan apa tu Cedocu?

IKLAN

Cedocu merupakan sebuah rancangan yang berkisarkan dokumentari yang akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mengkaji mitos-mitos yang terdapat di negara ini.

“Rancangan ini juga diadaptasikan oleh kartunis-kartunis yang akan melukis setiap cerita mitos dan lagenda yang diceritakan oleh orang setempat untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada penonton seperti komik,” katanya kepada MH ketika dihubungi.

Katanya lagi, idea kepada program Cedocu ini datang daripada rakannya dan dia hanya menjadi pengacara kepada rancangan tersebut.

IKLAN

Mesti ramai yang nak tahu, macam mana pemain muzik pujaan korang ni boleh jadi pengacara kan?

IKLAN

“Mula-mula tu memang pihak program tu nak ambil saya sebagai tetamu jemputan je tapi saya cakap apa salahnya bagi saya jadi host untuk semua episod, mana tau saya memang boleh jadi host kan,” katanya.

Tambah Rody lagi, dia sudah lama memasang impian untuk bergelar pengacara dalam rancangan ‘travel’ ini.

“saya memang suka travel, so saya memang ada minat nak jadi host.

 

“Cuma pada awal-awal tu dorang cakap saya agak keras untuk nak hafal skrip tapi bila dah lama-lama tu dorang cakap saya dah mula improve dan dah boleh jadi host.

 

“Tapi semua tu terpulang kepada penonton yang menilai sama ada saya memang boleh jadi host atau main gitar je,” katanya sambail ketawa.

Dalam pada itu, Rody berkata mungkin dia hanya menjadi pengacara untuk program ini sahaja dan dia menganggap ianya sebagai hobi dan sesuatu perkara yang baru untuk dia cuba.

Rody juga turut mengajak korang semua untuk menonton rancangan Cedocu sebanyak 13 episod yang akan disiarkan setiap Rabu mulai 14 Februari ini di Facebook Sinar TV dan website Sinar TV, www.sinar.tv.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI