Diiktiraf sebagai restoran fine dining halal pertama di Malaysia, Casa De Madani ternyata memberikan pelbagai pilihan makanan menarik untuk pelanggan terutamanya daripada kalangan orang Islam.
Terletak di Malakat Mall, Cyberjaya, bersempena bulan mulia Ramadan, Casa De Madani tidak ketinggalan menawarkan buffet Ramadan untuk pengalaman makan menakjubkan buat pelanggan mereka.
Bermula pada harga serendah RM100, berkonsepkan semi buffet, makanan pembuka selera serta pemanis mulut disediakan di ruangan buffet manakala hidangan utama akan disajikan terus ke meja pelanggan.
Tiga hidangan utama yang boleh dipilih ialah sajian istimewa resepi ciptaan Cef Mohd Azizan iaitu Salmon Al Forno, Petto Di Pollo Con Spinaci (dada ayam yang disumbat dengan bayam beserta sos istimewa) dan Filetto Di Manzo Tartufo (steak daging batang pinang yang dihidangkan bersama sos krim oren.)
Ads
Selain itu, antara menu menarik yang boleh didapati di sini sepanjang Ramadan ialah Bubur Lambuk, daging salai masak lemak, nasi beriani serta pelbagai pilihan kuih-muih tradisional serta kek sebagai pencuci mulut.
Ads
Semi Buffet Ramadan Casa De Madani berlangsung dari 27 Mac hingga 19 April ini, dari jam 6.30 petang hingga 9 malam.
Ads
Ruang solat juga disediakan buat tetamu yang hadir. Jadi, tunggu apa lagi, tempah slot anda sekarang!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lain daripada yang lain, jenama MCC Lifestyle terus mencipta sukses tersendiri bersempena dengan sambutan Aidilfitri sebagai rangka promosi untuk koleksi baju raya apabila menampilkan 30 penyanyi rockers popular negara di dalam satu projek khas.
Bekerjasama dengan Hombre, pengasasnya Muhammad Nizar Jamaludin menjelaskan ia adalah sesuatu yang mengujakan apatah lagi menerima kerjasama terbaik daripada rockers yang terdiri daripada baharu dan lama.
“Buat kali pertama 30 artis itu dikumpulkan bagi rakaman takbir raya dianjurkan platform perkhidmatan strim filem Melayu, Siar dengan kerjasama Hombre. Rakaman dibuat di Panggung Bandaraya baru-baru ini.
“Kesemua artis segak memakai koleksi kerjasama kami. Antara artis yang terlibat termasuk ialah Zamani Slam, Akhil Hayy, Rahmad Mega, Ameng Spring, Zarul Husin, Datuk Nash, Lan Solo dan ramai lagi.
“Tanda pagar Raya Macam Rockstar, Raya Macam Legend turut dicipta sebagai sokongan kerjasama ini,” katanya yang mengasaskan jenama berkenaan bersama isteri, Nur Hafizah Shaarani.
Genap 10 tahun, pihaknya kali ini turut mengeluarkan lebih 100,000 unit koleksi baju raya, RAVE Raya 2023 selain kerjasama sulung dengan Hombre.
Malah serentak dengan itu juga, jenama berkenaan lebih bersifat interaktif dan inovatif menawarkan MCC Lifestyle Interactive Rave Raya 2023 Lookbook untuk memudahkan pembeli membuat keputusan pembelian dengan lebih sistematik.
“Lookbook atau koleksi foto pakaian dijual ini lebih memudahkan pembeli membeli dalam talian. Ia disifat sebagai strategi promosi untuk menarik pelanggan dan membantu mereka menentukan pilihan yang lebih baik. Ia lebih ‘feel’.
“Lookbook yang bagus juga dapat membantu meningkatkan jualan. Lebih tepat kita nak bantu golongan isteri contohnya buat pilihan untuk diri sendiri, suami dan anak.
“Ada lebih 300 pilihan koleksi ditawarkan. Kita juga tawarkan polisi 90 hari jaminan pulangan wang jika pelanggan tak berpuas hati dengan pembelian. Malah khidmat penasihat fesyen juga diberikan jika ada pelanggan mahukan bantuan atau nasihat,” katanya.
Mengulas lanjut, RAVE juga turut mempunyai maksud tersendiri.
“R itu merujuk kepada Romantik dengan menampilkan koleksi Abaya, gaun labuh dan jubah. Ada lebih 50 look yang sesuai untuk majlis berbuka puasa atau persalinan menunaikan umrah mahupun haji.
“A pula Anggun menampilkan kurung pelbagai potongan, fabrik dan kemasan. Ada koleksi songket, kurung lace, pleated, lasercut dan sulam. V pula Versatile terdiri daripada koleksi harian seperti blaus, gaun yang sesuai untuk digayakan harian atau majlis rumah terbuka.
“Manakala E pula diambil untuk abjad terakhir ejaan Hombre menerusi 20 warna koleksi baju Melayu Tailored Fit,” katanya lagi.
Malah jenama pelopor kepada tagline Your Labuh & Longgar Specialist ini kekal bertahan di liganya tersendiri selain menawarkan 10 pilihan saiz dari XXS hingga 5XL.
Sementara itu, Nur Hafizah menambah mereka turut menyertai London Modest Runway di Excel London pada 25 dan 26 Februari lalu.
“Untuk pertunjukan fesyen di London itu, kami ketengahkan 16 look bertemakan Summer Raya dan Regal Ramadan selain berpeluang membuka tiga booth di acara itu dan mendapat sambutan menggalakkan dari golongan muslim di sana.
“Malah 8 look diperagakan juga direka khas rakan kerjasama dari Paris. Kami juga berpeluang melebarkan rangkaian di situ sekali gus dalam perancangan meneroka perniagaan pakaian di Timur Tengah iaitu Jordan.
“Insya-Allah, kami dijemput ke sana untuk lawatan lapangan. Malah kos penerbangan dan pengangkutan turut ditanggung pembeli berpotensi,” katanya.
Jenama yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini juga turut menaja baju raya untuk 200 orang wanita asnaf dan kanak-kanak. Majlis penyerahannya akan dibuat 10 terakhir Ramadan ini.
Tak ketinggalan, jenama ini melancarkan Blessed Beyond Belief Program bagi menaja bantuan kewangan bagi pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.
Selain itu, siri 30 Hari Tadabbur Ramadan bersama Pengasas Tadabbur Centre Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman turut diterbitkan menerusi aplikasi sosial Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani terkilan dengan tajuk berita yang menggunakan perkataan ‘dibelasah’ dalam laporan berhubung insiden tidak sengaja yang terjadi melibatkan aktres, Fasha Sanda, minggu lalu.
Meskipun belum memberikan sebarang kenyataan, Azhan memaklumkan perasaannya ketika ini tidak penting.
Katanya lagi, keutamaannya ketika ini adalah untuk memastikan gandingannya itu kembali sihat seperti sedia kala.
“Dah headline tulis gitu aku nak cakap apa lagi. Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ni emosi aku, hati aku perasaan aku tak penting pun.
“Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu. Yang dah jadi telah pun jadi,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Azhan menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Azhan mahu memberi laluan kepada Fasha untuk memberikan kenyataan terlebih dahulu sebelum dia memberikannya sebarang pejelasan.
“Macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi korang pada aku kalau itu boleh melegakan korang tapi mohon sama-sama mendoakan untuk @fashasandha agar dia cepat sembuh.
“Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dulu. berilah ruang pada dia untuk dapat rawatan terbaik terlebih dulu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama Azhan.
Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Berikutan itu, Azhan dikecam netizen yang mendakwa dia bertindak keterlaluan dalam menghidupkan babak berkenaan.
Tindakan Azhan yang berdiam diri selepas insiden itu turut dicemuh netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.
“Start your day with a morning exercise.
“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.
“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...