Pelakon meningkat naik, Fify Azmi menzahirkan rasa kecewa selepas mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan pembantu peribadinya sendiri.
Menurut Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, dia sendiri tidak menyangka pembantu peribadinya itu akan bertindak sedemikian walaupun telah dilayan dengan baik selama ini.
“Kak Nora, saya sangat kecewa dengan awak. Saya tak sangka dia boleh buat saya macam ni. Selama ini saya layan awak dengan baik. Gaji dan segala yang dia perlukan saya bagi.
“Kerja dengan saya sangat mudah. Saya bukan diva yang akan suruh buat itu ini atau ambil itu ini. Tapi dia sendiri kena tahu tanggungjawab seorang PA.
“Awak kata awak dah berpuluh tahun kerja dalam industri tapi bila buat perangai macam ni, memang tak masuk akal. Saya sangat kecewa,” katanya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Wira itu menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan di laman Instagram.
Ads
Dedah Fify lagi, selain membuat perjanjian tanpa pengetahuan dirinya, pembantunya itu juga telah mengambil duit tiga kali duit bayarannya.
“Saya nak hubungi awak pun, awak buat saya macam budak-budak. Awak ingat saya bodoh. Saya berlembut selama ni tak bermakna awak pijak kepala saya.
“Cara awak memang salah. Sampai hati kerja belakang-belakang ni. Awak deal senyap-senyap. Awak tak boleh buat macam ni. Memang salah. Bukan dalam kontrak pun.
Ads
“Kalau setakat RM5,000 saya boleh tutup mata tapi awak dan ambil bayaran saya 3 kali. Bukti semua ada. Bank statements pun ada. Memang kantoi busuk. Memang masuk dalam akaun awak tapi kenapa cakap duit tu tak dapat?,” ujarnya lagi.
Sementara itu, bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini juga mendedahkan dirinya juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.
“Takpelah mungkin bukan rezeki saya. Apapun, sesiapa sahaja yang pernah kerja dengan Kak Nora ni, hati-hatilah. Saya halalkan makan minum awak tapi jangan buat macam ni lah dengan orang lain.
“Saya dah buat laporan polis. Saya akan berjumpa dengn inspektor polis di Bukit Aman. Saya tak nak tahu dah kalau duit saya hilang tapi tolong jangan buat macam ni lagi.
Ads
“Saya reda. Saya kerja siang malam. Sampai waktu untuk diri sendiri pun takda. Awak tak tahu saya macam mana. Kalau saya tak suka seseorang itu, jumpa pun saya tak nak,” akhirinya.
Sehingga kini, video pendedahan tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu jumlah tontonan.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar individu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fify Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Majlis perkahwinan penyanyi terkenal, Britney Spears dan tunangnya, Sam Asghari telah diganggu dengan kedatangan tetamu tidak diundang iaitu bekas suami Britney, Jason Alexander yang dilapor menceroboh kediaman penyanyi tersebut pada Khamis.
Menurut Pejabat Sherif Ventura County, California, Amerika Syarikat, pihaknya terus bergegas ke kediaman Britney selepas menerima aduan mengenai pencerobohan berkenaan dan Jason kini dilaporkan berada dalam tahanan pihak polis.
Britney berkahwin dengan Jason yang merupakan kenalan lamanya pada tahun 2004 sebelum mereka mengambil keputusan bercerai selepas 55 jam disahkan bergelar suami isteri.
Penyanyi lagu Toxic itu bertunang dengan Sam pada bulan September tahun lalu. Pasangan itu terlebih dahulu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada April lalu namun sebulan selepas itu, Britney dilaporkan mengalami keguguran.
Britney dan Sam melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat.
Britney mengenali Sam ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum bercinta setahun selepas itu.
Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu. Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline, Britney mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pemergiannya, terus-terusan kisah mengenai betapa pemurahnya Allahyarham penyanyi Adibah Noor terus diperkatakan ramai.
Berkongsi cerita dengan MH, seorang pengamal media, Opie Sofia berkongsikan kisah bagaimana arwah membantunya untuk mencukupkan tabungan umrah pertamanya pada sembilan tahun lalu.
“Saya mula mengenali kak Dib (panggilan untuk Adibah) atas hubungan wartawan dan rakan artis. Kak Dib juga suka membaca nukilan saya di Twitter.
“Dari nukilan itu, beliau memberi idea untuk saya hasilkan lirik lagu berdasarkan lagu yang digubah oleh Azlan Abu Hassan.
“Ketika menghasilkan lirik berkenaan, tidak ada perjanjian berapa amaun yang akan diberikan kepada saya. Namun dalam masa sama, kami sering berhubungan bertanya khabar.
“Sebaik mengetahui saya sedang mengumpul wang untuk menunaikan umrah, beliau memasukkan wang yang mencukupkan tabungan saya,” katanya.
Tambah Opie, arwah juga sangat pemurah dan tidak lokek memberi imbuhan sekiranya diberikan tawaran kerja.
“Kalau saya bantu arwah dapatkan persembahan, dia mesti beri sedikit wang sebagai token dan amaun itu bukan sedikit.
“Kami juga berkongsi minat yang sama terhadap kucing, jadi selalu juga berhubung dan bertukar cerita… cuma sejak kebelakangan ini kami jarang berhubungan.
“Apa pun, pesanan beliau untuk saya terus menulis, tidak akan dilupakan,” ujarnya.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas.
Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang didiagnosis pada tahun lalu.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada jam 11.30 pagi Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!