Ramai peminat yang tidak sabar menantikan hari bahagia penyanyi, Haqiem Rusli yang bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, pada Jumaat.
Berita gembira tersebut dikongsikan Haqiem sendiri pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-34, Sabtu lalu.
Serentak dengan pengumuman itu, wargamaya pantas mencari siapakah gerangan bakal suri hati bintang berbakat besar itu dan menerusi laporan mStar, gadis pilihan Haqiem itu dikenali sebagai Anis Sofea.
Ads
Malah sebelum ini, gosip hubungan akrab keduanya pernah menjadi buah mulut ramai sebelum ini dan difahamkan, mereka saling mengenali lebih dua tahun lalu atas urusan perniagaan.
Dikatakan juga, gadis berusia 19 tahun itu berasal dari Kelantan dan Anis merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.
Ads
Sementara itu meninjau ke platform Instagram, Anis sehingga kini memiliki lebih 51,000 pengikut. Malah ruangan foto lamanya juga sudah dipadam dengan meninggalkan dua keping foto yang dimuat naik 31 Oktober lalu.
Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim berkongsi berita mendukacitakan apabila impian menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran.
Berita tersebut dimaklumkan Rafidah atau lebih mesra dengan panggilan Fida menerusi satu coretan panjang di akaun Instagram dan Facebook.
Dia bagaimanapun reda dengan ujian dari Allah SWT.
“Kehilangan bagi pasangan yg baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Begitu juga buat saya dan suami.
“Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya. Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.
“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat. Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku.
“Pada hari yang sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yang ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.
“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah SWT itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga,” tulisnya.
Dia pada masa sama dia dan suami percaya rezeki dan meminta ramai mendoakan yang baik-baik.
“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu. Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.
“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh. Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yg sedang menghadapi ujian yg dilalui dengan sabar.
“Untuk proses cuci kali kedua pada hari yang sama, saya didatangi oleh seorang doktor wanita berbangsa India. Sewaktu scan doktor berkata “Rafidah, you have very nice and good ovari” tambahnya lagi “Kalau dapat dekat student saya, diorang mesti nak you to do the study”.
“Alhamdulillah, dalam masa diuji, Allah berikan berita gembira itu. Saya hanya mampu tersenyum walaupun sedang menahan sakit disebalik pelitup muka. Terima kasih doktor, I’ll take it as a compliment & memberikan semangat utk next baby, InsyaAllah.
“Paling utama buat kita sebagai umat Islam, sentiasa yakin rezeki Allah itu sentiasa tepat pada masa & tempatnya. Doakan yg terbaik ya. (*last but not least, masa pregnant elakkan daripada perkara-perkara yg bagi diri kita stress /depress),” tulisnya lagi.
Sekadar info, Fida mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei lalu selepas 10 tahun berkenalan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jaguh lompat tinggi para negara, Abdul Latif Romly,24, akui lebih selasa jika ramai mengenalinya dalam lapangan sukan berbanding perkara lain.
Malah sebelum ini, wajahnya yang disifatkan mempunyai iras aktor Remy Ishak sewaktu bertanding pada Paralimpik Tokyo 2020 lalu oleh sesetengah netizen turut mencetuskan tular.
“Macam Remy Ishak? Tak kot, saya orang biasa je. Saya tak ada apalah…” katanya sopan.
Dia bagaimanapun sebolehnya mahu lebih memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai sukan paralimpik.
“Bagi saya, biarlah orang kenali saya atas sebab sukan. Kalau boleh saya nak semua rakyat Malaysia tahu apakah itu sukan paralimpik,” katanya lagi.
Berkongsi pendirian sama ada dia dia berminat untuk terjun ke bidang komersial, Latif tidak mempunyai masalah sekiranya ia tidak bercanggah dengan jadual latihan
“Kalau berlakon saya memang tak tahu. Tapi kalau jadi model, saya ok. Janji tidak melanggar jadual latihan yang telah ditetapkan untuk saya,” jelasnya.
Komitmen tersebut nyata dibawanya dengan baik selepas menjadi antara ‘muse’ Neonate Clothing dengan memperagakan busana baharu jenama itu di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, minggu lalu.
Menurut Latif, perasaannya gugup sebelum pertunjukkan bermula. Namun, situasi itu mulai berubah apabila sudah berada di atas pentas ‘runway’.
“Pada awalnya, saya memang gementar, maklumlah pertama kali berjalan sebagai model. Tetapi, apabila sudah berada di atas pentas peragaan, rasa gugup itu terus hilang. Alhamdulillah saya berjaya habiskan acara berkenaan,” kongsinya.
Untuk rekod Neonate meraikan atlet negara sebagaimana jenama antarabangsa melantik pemain bola, atlet Olimpik sebagai ikon fasyen mereka dengan menampilkan gaya dan stail yang berbeza daripada kebiasaan mereka di padang.
Dalam perkembangan lain, Latif memberitahu yang dia kini sudah kembali sibuk dengan latihan sebagai persediaan untuk Asia Para Games dan World Para Athletics Championship untuk tahun depan.
“Saya sudah mula sibuk kerana saya target untuk meraih tempat di kedua-dua kejohanan berkenaan. Selain itu, saya dan tunang juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember 2022,” katanya.
Terdahulu, kerjasama di antara Kamya Glow dan Neonate di KLFW tahun ini turut selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman.
Malah kolaborasi unik ini juga sebagai menyokong semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi di antara dua jenama ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zayn Malik merupakan satu nama besar dalam industri muzik antarabangsa, kejayaan yang diraih bersama kumpulan One Direction menjadi titik tolak kepada taraf bintang dalam dirinya. Apabila dia memilih untuk bergerak secara solo sekalipun, nyanyian dan muziknya tetap menjadi perhatian dan menduduki tempat pertama tangga carta muzik.
Kisah cintanya bersama supermodel terkenal, Gigi Hadid juga menjadi tumpuan apatahlagi mereka memiliki seorang anak perempuan yang dinamakan Khai.
Baru-baru ini dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan tuduhan keganasan yang dilakukan oleh penyanyi kacukan Pakistan-England tersebut. Dia dikatakan mengasari ibu kepada kekasihnya, Yolanda Hadid. Satu laporan polis telah dibuat terhadap penyanyi tersebut dan kes masih dalam siasatan.
Menurut sumber, Zayn menerima pertuduhan itu namun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Pergaduhan itu dikatakan berlaku apabila Yolanda memuatnaik gambar Khai di media sosial. Seperti yang diketahui ramai, penyanyi tersebut sangat menjaga privasi anaknya dan tidak mahu dia menjadi tumpuan ramai dan media.
Ekoran insiden ini, Syarikat rakaman RCA telah menggugurkan pelantun lagu ‘Pillowtalk’ tersebut dari senarai artis naungan mereka.
RCA yang dimiliki oleh Sony Music Entertainment dalam satu kenyataan kepada sumber menyatakan yang ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kehidupan dan kerjaya Zayn ke landasan yang betul, tetapi tiada apa yang berhasil.
Namun bukan syarikat rakaman sahaja yang berpatah arang dengan penyanyi ini, dalam satu laporan lagi, syarikat pengurusannya juga telah memutuskan untuk tidak lagi menjaganya sebagai seorang artis. Sehubungan itu banyak kontrak kerjasama bersama jenama mula menarik diri dari menaja penyanyi berusia 28 tahun itu.
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.