Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai ‘content’ menarik telah disajikan selebriti sebagai bahan hiburan buat para pengikut mereka.

Misalnya, pelakon Zulin Aziz ada memuat naik sedutan video parodi yang telah disunting daripada salah satu karya melibatkan aktor popular Bollywood, Arjun Rampal dan Shah Rukh Khan menerusi platform media sosialnya.

Video tersebut bagaimanapun telah sampai ke pengetahuan Arjun dan pelakon tersebut turut memberi reaksi terhadap video berkenaan.

IKLAN

“Can You Please Translate. It’s seems funny. Lol stay safe,” tulisnya.

Layangan status tersebut nyata membuat ramai peminat terhibur!

Menurut Arjun, meskipun tidak mengetahui apa yang diperkatakan, video tersebut kelihatan seperti lucu.

IKLAN

Arjun turut meninggalkan pesan supaya rakyat Malaysia sentiasa berjaga-jaga ketika musim ‘lockdown’ ini.

“Kan dah bagitahu, suami saya tak pandai sangat Melayu. Awww dia suruh translate guys.

IKLAN

“Aku boleh tidur senyum macam ni,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur malah turut tidak menyangka perkara tersebut akan sampai ke pengetahuan bintang kacak itu.

“Can You Please Translate, It’s Seems…,” – Ramai Terhibur, Video Parody Zulin Aziz ’Sampai’ Ke Pengetahuan Aktor Bollywood, Arjun Rampal! “Can You Please Translate, It’s Seems…,” – Ramai Terhibur, Video Parody Zulin Aziz ’Sampai’ Ke Pengetahuan Aktor Bollywood, Arjun Rampal!

Foto: Instagram Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI