“Can You Imagine Bila Dapat Tau I Tak Ada Pilihan Selain Czer!” – Anzalna Buka Cerita Sempena Anak Yang Genap 2 Tahun Usianya

Share

Pelakon cantik, Anzalna Nasir berkongsi beberapa foto serta video bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Mohamad Eidrees yang kedua, hari ini.

Bintang drama Dendam Aurora itu berkongsi momen indah tersebut menerusi Insta Stories.

“Dulu waktu pregnant, memang suka buat rambut curly. Alhamdulillah lekat juga kat Eidrees,” tulisnya.

Selain itu, bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini juga ada berkongsi cerita detik bersalin anak pertamanya itu.

Malah dia pada masa turut menzahirkan rasa syukur kerana kelahiran permata hati menjadi pelengkap hidupnya bersama suami, Hanif Zaki.

Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

IKLAN