Seorang model dari Kanada, Catt Gallinger telah mengalami kerosakan kekal pada bahagian mata kanannya setelah membuat tatu pada selaput bola matanya(Skera).
Doktor juga memberitahu Gallinger bahawa dia mengalami kerosakan kekal pada bahagian mata kanan.
Dia turut berkongsi kesan buruk tatu itu untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya berfikir dengan waras sebelum membuat sebarang perubahan pada anggota badan untuk meraih populariti.
Selain itu, dia turut berkongsi video menunjukkan matanya yang dipenuhi cecair berwarna ungu di facebook miliknya.
Ruangan komen di Facebook Gallinger juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial yang begitu prihatin terhadap kejadian yang menimpa.
Perkongsian gadis itu telah menerima lebih daripada lebih 2 juta tontonan.di Facebook .Pelbagai komen dicurahkan dibahagian komen bertanya soalan.
Ads
Ads
Menurut Gallinger, doktor percaya saiz jarum, kedalaman dan jumlah dakwat yang digunakan untuk menghasilkan tatu tersebut menyebabkan Gallinger mengalami simptom awal.
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita penuh tragis dan menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, Kuala Lumpur.
Perginya anak-anak syurga ini menyebabkan ramai melahirkan rasa simpati dengan kejadian ini dan menganggap ianya sebagai satu ujian tuhan kepada hambanya.
Kejadian itu telah mengorbankan 24 orang tahfiz pelajar temasuk dua orang guru selepas mereka tidak berjaya keluar dari asrama tersebut yang marak terbakar.
Pelbagai kisah daripada rentetan ini berlaku, MH Online terpangil apabila membaca satu luahan salah seorang ibu pelajar tahfiz yang terkorban di mana luahannya itu begitu menyentuh hati.
“Ya Allah.. mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan Fahmie dalam hidup mama,” tulis Puan Noridayu.
Ternyata luahan pendek itu cukup untuk membuatkan hati puluhan pengguna Facebook tersentuh membacanya.
Perkongsiaan seorang ibu itu telah menerima lebih daripada 34,000 likes setakat ini. Sebanyak 8,294 perkongsian di Facebook. Rata-rata memberikan kata-kata positif dan berkata semoga Noridayu tabah menghadapi ujian Allah.
‘Abah’ itu merujuk kepada bapanya, Bakry bin Haji Wazi yang telah meninggalkannya pada bulan lepas, Ogos. Kini anakanda, Muhammad Fahmie bin Abdullah pergi meninggalkannya.
Dalam pada itu, Noridayu juga berkata ‘Terima kasih fahmie temankan abah. Cucu paling rapat dengan atuk.’ dengan memuatnaik gambar Fahmie bersama datuknya.
Pastinya kehilangan dua orang yang amat disayanginya dalam masa terdekat amat dirasai. Dia juga berdoa pada hari Jumaat hari ini agar dipermudahkan urusan pengebumian anaknya bersama mangsa yang lain.
Bersama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka, agar yang pergi ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah meragut sebanyak 23 nyawa, 21 orang pelajar tahfiz dan dua orang guru semalam ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.
Asril Aswandi yang bertugas sebagai jurufoto Sinar Harian menceritakan suasana kebakaran di pusat tahfiz yang amat memilukan.
“Sesampainya di sana, first truck polis datang masuk parking ke dalam pusat tahfiz. Mereka mengangkat satu per satu mayat . Kemudian, datang truck kedua untuk mengambil mayat untuk dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara.
“Kelihatan pasukan Forensik Bomba dan Penyelamat, Anggota Unit Forensik Bukit Aman dan Polis sudah ada di tempat kejadian menjalankan tugas masing-masing.
“Suasana begitu memilukan menyentuh hati orang ramai yang datang untuk melihat keadaan kerosakan bangunan asrama pusat tahfiz tersebut,” jelasnya.
Tambah Asril, media tidak dibenarkan masuk kecuali menteri ke dalam tempat kejadian.
Antara kenamaan yang melawat pusat tahfiz ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelajaran , YB Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid, Wan Azizah dan ramai lagi.
Sebahagian ibu bapa mangsa dan mangsa yang terselamat ditempatkan di surau, sebahagian lagi sudah bergerak Institut Perubatan Forensik Negara.
Di tempat kejadian, dia juga berkesempatan mengambil gambar mayat-mayat yang ditutup dengan plastik putih, namun masih menampakkan keadaan mayat yang rentung.
Menurutnya, forensik bomba dan polis akan segerakan semua urusan untuk permudahkan pengebumian.
Kesemua mayat akan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara untuk pengecaman oleh anggota keluarga dan bedah siasat.
“Ketika mengambil gambar, tak ada lagi perasaan apa-apa oleh kerana sebagai jurugambar harus fokus oleh kerana kejadian berlaku terlalu cepat.
“Tetapi selepas melihat hasil gambar, nampak pada gambar mayat, walaupun ditutup dengan plastik putih, namun tetap nampak keadaan mayat yang rentung.
“Rasa sebak apabila melihat kebanyakkan mayat rentung yang diangkat,” jelasnya.
Bagaimanapun kata jurugambar ini, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan dan kejadian ini mendatangkan keinsafan kepada diri, terutama ia melibatkan pelajar tahfiz.
Dia turut mendoakan semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, semalam ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.
Kebakaran ngeri itu telah meragut sebanyak 23 nyawa, 21 orang pelajar tahfiz dan dua orang guru disahkan terkorban, empat cedera parah dan tiga lagi mengalami cedera ringan.
Penyampai berita Buletin Utama, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah ketika bersiaran langsung tidak dapat menahan kesedihan rentetan tragedi ini.
Ketika itu, dia tidak dapat membaca teks berita dengan lancar sebaliknya tersekat-sekat ketika membaca berita mengenai surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut.
Intan tidak dapat menahan kesedihan lebih-lebih lagi ketika menyebut mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid yang berusia 11 tahun meninggalkan satu nota yang antara lain berhasrat membawa ibu dan ayahnya ke syurga.
Ketika itu, dia mula sebak dan terus menundukkan muka. Bagaimanapun, teks itu disambung oleh pasangannya, Kamaruddin Mape pada malam Khamis itu.
“Sebenarnya sejak dua tiga hari ni mata kiri saya asyik berkelip-kelip. Selalu orang kata nak menangis. Saya risau sebab takut ada perkara buruk nak jadi.
“Rupa-rupanya, bukan setakat menangis je, tapi menangis masa live on air. Hanya Allah je tahu betapa susahnya nak kawal perasaan, nak make sure okay semula sebab banyak lagi berita nak baca ni. Ikut hati memang nak lari keluar studio.
“Tak nak baca dah. Tapi tu akan menyusahkan semua orang termasuk rakan penyampai, En Kamaruddin Mape, penerbit dan krew produksi. Paling terharu bila makeup artist, sharmin lari masuk dalam studio bawa tisu,”ujarnya kepada MH Online.
Tambah Intan, dia yang malu apabila menangis seolah-olah dirinya tidak kuat dan gagal mengawal perasaan.
“Tapi alhamdulillah semua orang faham dan lebih menyentuh hati, penonton pun sedih bersama-sama. Lagi terkejut bila video baca tu jadi viral,” katanya.
Bila ditanya mengenai bagaimana mengawal perasaan sebagai pembaca berita, Intan berkata dia bukanlah orang yang sesuai untuk memberi tips oleh kerana dia sendiri juga tidak dapat mengawal perasaan.
“Sebelum ni banyak kali nak menangis sbb sedih tengok orang meninggal dunia. Especially kalau orang tua, memang saya sedih. Sebab teringatkan arwah ayah saya yang dah pergi empat tahun lalu.
“Tapi kalau nak kawal perasaan tu, selalunya saya takkan tengok visual masa cerita tu ditunjukkan. Saya akan divert perhatian kepada benda lain untuk make sure saya tak terfikir pasal kesedihan cerita tu,” jelasnya.
Intan turut berkata, sejujurnya tiada kata-kata yang sesuai untuk memujuk hati keluarga mangsa yang perlu mengharungi hidup selepas ini tanpa anak-anak yang mereka sayangi.
“Hanya doa dan harapan yang boleh saya kirimkan supaya mereka terus kuat dan tabah. Seluruh rakyat Malaysia pun bersedih dengan kehilangan anak-anak syurga itu,” ujarnya.
Video saat hiba itu turut dimuat naik di laman Facebook Buletin Utama TV3. Perkongsian Buletin Utama itu telah menerima lebih daripada 519,741 tontonan dan lebih 4,430 perkongsian setakat ini.
Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi rasa sayu mereka atas kejadian yang sangat mengejutkan ini.
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.