“Bulan Depan Anniversary Kita Yang Ke-11, Saya Sakit Dah 10 Tahun…,” – Elyana

Share

Penyanyi Elyana mendedahkan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin bakal memasuki tahun yang ke-11 bulan hadapan.

Menerusi satu perkongsian yang dikemas kini di Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini turut menitipan kata sayang buat suami tercinta.

“Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun.

”Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1.

“Terima kasih sudi menjadi teman saya didunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya.

Titipan tersebut sekali gus mendapat perhatian peminat yang turut sama meninggalkan komen yang baik-baik buat Elyana sekeluarga.

Malah ada juga yang mendoakan moga Elyana terus kuat berdepan ujian.

Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017.

Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Elyana

IKLAN