Ads

“Bukanlah Hubungan Saya Ketika Bersama Uqasha Saja. Kita Umur Dah 31 Tahun…” – Henfy Sahad Cari Cinta

Pelakon dan pengacara, Hefny Sahad mengakui sepanjang sembilan tahun bergelar solo selepas hubungan cinta yang dibina bersama aktres, Uqasha Senrose terputus di pertengahan jalan dia masih belum bertemu dengan gadis yang boleh dikategorikan sebagai teman istimewa.

Baginya, bukan mudah untuk memulakan perhubungan ke fasa cinta memandangkan ia bukan suatu hal yang boleh dipandang enteng.

“Bagi saya bila bercinta tu, pastilah kita mahukan ia ke peringkat seterusnya (berkahwin). Jadi sudah pastinya saya mahu yang terbaik. Saya adalah berkawan dengan beberapa kenalan perempuan, tetapi tidaklah dalam peringkat yang serius.

“Lebih bagus untuk saya berkawan dulu, kenal hati budi daripada buat keputusan melulu. Takut akhirnya ia akan memudaratkan diri,” katanya kepada MH.

Ads

Hos program Borak Kopitiam ini juga menambah, dia turut belajar daripada hubungan terdahulu di dalam soal mencari cinta baru.

“Bila cakap belajar dari hubungan lalu, bukanlah hubungan saya ketika bersama Uqasha saja. Kita umur dah 31 tahun, tak kan sekali baru bercintakan? Jadi dalam setiap hubungan yang tak berjaya tu, kita cuba cari mana yang silap dan cuba perbaikilah.

Ads

"Bukanlah Hubungan Saya Ketika Bersama Uqasha Saja. Kita Umur Dah 31 Tahun..." - Henfy Sahad Cari Cinta

Ads

“Kalau ia tidak jadi, untuk yang lain kita cuba ubah diri ke arah yang lebih baik,” terang Hefny yang turut mengakui dia tidak kisah andai bertemu jodoh dengan rakan seindustri atau sebaliknya.

Anda mungkin berminat dengan

Dalam perkembangan lain, bintang drama Cintaku Di Bumi Izmir ini juga sedang menunggu masa untuk ke set filem Patriot selain filem Operasi-X juga bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Foto: Instagram Hefny

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo...

Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.