Rasanya sudah banyak kali isu ‘cium baby’ diperkatakan ramai, malah pendapat pakar juga sudah dikeluarkan bagi menjelaskan isu ini.

Terbaru, isteri Lan Solo,Sheila Razlan pula memberikan pendapat mengenai perkara itu.

“Bukan tak boleh cium cuma kalau boleh kami nak bagi luka jahitan babyXandra betul-betul kering.

“Sekarang pun jahitan di bibir pun masih belum terbuka sendiri, Tambah-tambah jahitan itu betul-betul kat bahagian muka.

“Uncle auntie sabar sikit ya, ni mommu share gambar selepas seminggu pembedahan.

“Duit kami boleh cari, anak tiada ganti, jadi faham ya semua,”tulisnya.

“Bukan Tak Boleh Cium Tapi Luka Jahitan Baby…” – Isteri Lan Solo

IKLAN

Tambahnya lagi, Sheila turut berkongsi kesan pembedahan tersebut kepada anaknya dan meminta pemahaman semua pihak.

“BabyXandra ada lapan jahitan di bibir luar, tiga jahitan di bibir dalam. 11 jahitan untuk kami jaga sebaiknya sampailah kesan pembedahan itu baik sepenuhnya.

“Tolong faham ya auntie uncle semua terutamanya yang datang beraya, jangan cium aje, Selamat hari raya!” tulisnya lagi.

“Bukan Tak Boleh Cium Tapi Luka Jahitan Baby…” – Isteri Lan Solo

IKLAN

Alahai, kasihan pula MH baca kisah babyXandra ni. Harap semua pihak faham.

IKLAN

Terdahulu, anak keempat Lan Solo Nur Amna Quxandra, tiga bulan, bakal menjalani pembedahan bibir sumbing, di pusat perubatan di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Foto: Instagram Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI