Ads

“Bukan Sekadar Pujian, Tapi Doa…,” – Perkongsian Ustazah Asma’ Jadi Dorongan Rohani Elly Mazlein, Ada Minta Buat Tutorial Gaya Tudung Labuh Tutup Dada

Selebriti versatil, Elly Mazlein menyifatkan perkongsian yang diberikan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terhadap gaya pemakaian tudungnya yang menutupi bahagian dada sebagai satu doa yang mendorong dirinya untuk terus berusaha menjadi versi diri yang lebih baik.

Menyifatkan coretan kerohanian tersebut sebagai sesuatu yang cukup memberi makna mendalam, Elly atau mesra disapa Kak Lina berkata, ia secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa dihargai, khususnya dalam proses penghijrahan yang sedang dilaluinya.

“Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya akui berasa sangat terharu. Kata-kata itu bukan sekadar pujian, malah satu doa yang cukup besar maknanya.

“Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, ia mendorong saya untuk terus berusaha menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya.

Penyanyi lagu Sayap itu berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Bukan Sekadar Pujian, Tapi Doa…,” – Perkongsian Ustazah Asma’ Jadi Dorongan Rohani Elly Mazlein, Ada Minta Buat Tutorial Gaya Tudung Labuh Tutup Dada

Ads

“Bukan Sekadar Pujian, Tapi Doa…,” – Perkongsian Ustazah Asma’ Jadi Dorongan Rohani Elly Mazlein, Ada Minta Buat Tutorial Gaya Tudung Labuh Tutup Dada “Bukan Sekadar Pujian, Tapi Doa…,” – Perkongsian Ustazah Asma’ Jadi Dorongan Rohani Elly Mazlein, Ada Minta Buat Tutorial Gaya Tudung Labuh Tutup Dada

Sokongan Jadi Pembakar Semangat

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata berusia 45 tahun itu turut menambah, sokongan yang diterima tidak terhenti di situ apabila dia turut menerima banyak mesej daripada peminat yang mendoakan kebaikan serta istiqamah buat dirinya.

Malah tidak dinafikan ada peminat yang mengakui terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh yang sering digayakannya sehingga ia menjadi identiti tersendiri buat dirinya.

Ads

“Mereka sudah dapat mengenal pasti itu gaya saya. Malah, ada yang meminta saya menghasilkan tutorial pemakaian.

“Bagi saya, tidak salah untuk berkongsi contoh pemakaian yang baik. Saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab dan amat bersyukur atas sokongan yang diberikan,” katanya lagi.

Penghargaan Buat Ustazah Asma’ 

Dalam pada itu, Elly turut merakamkan penghargaan kepada Ustazah Asma’ Harun atas kata-kata yang disifatkannya sebagai suntikan semangat untuknya terus memperbaiki diri.

Ads

“Sekali lagi, terima kasih kepada Ustazah Asma’ atas kata-kata yang sangat bermakna. Ia benar-benar menyentuh hati saya,” katanya.

Terdahulu, Ustazah Asma’ memuji penampilan terbaharu Elly yang tampil berhijrah, selain menyatakan rasa tersentuh melihat perubahan figura kesayangan ramai itu.

Beliau turut berharap penghijrahan Elly dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mendekatkan diri kepada agama dan tidak bertangguh dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Selebriti versatil, Elly Mazlein melihat perkongsian pendakwah, Ustazah Asma’ Harun terhadap gaya pemakaian tudungnya yang menutupi bahagian dada sebelum ini sebagai satu dorongan rohani agar untuknya terus istiqamah berusaha menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT 🤍 Mengakui kata-kata yang dititipoan itu mendalam dan menyentuh hati, Elly yang mesra disapa Kak Lina turut menyifatkan pujian itu membuatkan dirinya berasa dihargai dan dikuatkan, apatah lagi ketika sedang melalui proses penghijrahan yang penuh cabaran dalam usaha untuk terus muhasabah diri. ♥️✨ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Alhamdulillah, Sudah Memasuki Tahun Keenam,” – Komitmen Pak Nil Dipuji, Maskot...

Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan sekadar figura televisyen yang dekat di hati masyarakat, malah sinonim dengan nilai positif, pendidikan...
error: Hello. Cannot.