Meskipun berjaya mencipta impak yang luar biasa, penyanyi Ernie Zakri tidak ralat apabila lagu Masing-Masing mungkin tidak akan berpeluang bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana bukan ciptaan sepenuhnya anak tempatan.
Menurut Ernie, perkara yang lebih utama ketika ini adalah apabila lagu ciptaan komposer Indonesia, Ade Govinda ini mendapat reaksi positif daripada peminat dan pendengar.
“AJL merupakan sebuah pertandingan yang sangat berprestij di Malaysia. Saya tak nafikan ia memang merupakan batu loncatan bagi setiap penyanyi.
“Saya pernah memasang impian untuk ke pentas AJL dan alhamdulillah saya sudah dapat.
“Jadi, jika lagu ini tiada rezeki nak ke AJL, saya okay sahaja asalkan orang ramai tahu lagu ini dan mendapat tempat di hati pendengar. Itu lagi penting buat saya,” katanya kepada MH.
Ernie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran dan pengenalan duta bagi produk terbaharu keluarannya Zeleb+ NMN yang berlangsung di Watsom Hq, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, seiring peningkatan usia, dia kini mempunyai perspektif baharu dalam merangka perjalanan kerjaya seninya.
“Kalah menang atau tidak dapat layak ke mana-mana anugerah, tak mengapa. Saya akui anugerah memang merupakan satu hal yang penting.
“Ia membuatkan kita sentiasa mahu bekerja keras dan terus menghasilkan karya terbaik. Kita jadi lebih semangat.
“Namun, ia bukan pengukur kejayaan bagi saya. Pengukur kejayaan bagi saya bila para peminat menghargai karya-karya saya.
Ads
Pada masa sama, Ernie turut memaklumkan dirinya kini mahu lebih menghargai setiap perjalanannya dalam bidang seni.
“Kehidupan dan perjalanan saya dalam bidang nyanyian ini bukalah satu pertandingan. Apa yang saya lalui selama ini, itu yang lebih manis.
“Menang atau tidak, saya tidak kisah. Bila menginjak usia 32 tahun, ia memberikan saya satu perspektif baharu dan lebih positif,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, lagu Masing-Masing telah berjaya mencipta kejayaan luar biasa selepas berjaya menududuki tangga pertama di dalam carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Malah, Ernie juga telah menerima pengiktirafan daripada pihak RIM selepas lagu itu cemerlang juga cemerlang di peringkat antarabang.
Dalam perkembangan lain, Zeleb+ NMN merupakan produk makanan tambahan yang mampu memberikan tenaga dan penjagaan kulit buat para wanita.
Zeleb+ NMN kini boleh didapati di Watson seluruh Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Chef selebriti, Anis Nabilah mengakui masih belum bersedia untuk menceburi dalam dunia lakonan dan nyanyian secara serius.
Jelas Anis, dirinya kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kerjaya sebagai seorang chef.
“Pertamanya, saya tak tahu saya berbakat dalam bidang berkenaan atau sebaliknya.
“Jujurnya, saya terjun dalam industri ini dengan tiada niat lain pun selain mahu ajar orang memasak. Sebolehnya mahu kongsikan ilmu yang saya ada dengan orang lain juga.
“Ini kerana, memasak memang menjadi kecintaan saya malah ia sudah dipupuk sejak kecil lagi.
“Buatkan saya rasa gembira yang secara tak langsung menaikkan semangat,” jelasnya.
Kata Anis lagi, fokusnya kini hanya satu dan sebolehnya cuba beri komitmen sebaik mungkin terhadap apa yang diceburinya kini.
“Setakat ini, niat untuk bergelar penyanyi atau pelakon tu belumlah lagi ada.
“Seperti apa yang saya beritahu, tumpuan kini hanyalah dalam dunia masakan. Saya tak mengejar populariti.
“Kalau sekiranya saya kian dikenali atas apa yang dilakukan kini, alhamdulillah.
“Cuma yang paling utama, saya boleh berkongsi dan mengajar ramai lagi orang dalam masakan,” akhiri Anis.
Terdahulu, Anis ditemui MH pada majlis pelancaran buku resepi masakan, Comfort Food With Chef Anis Nabilah di Eastin Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Buku resepi masakan ini turut mendapat kerjasama Thermomix.
Ia merupakan buku resepi masakan yang pertama milik chef kelahiran Pulau Pinang ini.
Buku terbabit mempunyai kira-kira 25 menu resepi yang telah diolah Anis sendiri dan boleh dimiliki dengan melayari www.thermomix.com.my dengan harga RM98.00 seunit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, mungkin dikenali sebagai seorang pemimpin yang berperwatakan tenang dan berhemah.
Pemergiannya pada 14 April 2025, meninggalkan kesan mendalam kepada ramai rakyat Malaysia yang pernah berada di bawah pemerintahan beliau yang sentiasa mementingkan rakyat serta memastikan kestabilan dalam negara.
Di sebalik wajah lembutnya, tersimpan pelbagai kisah menarik yang membentuk legasi politik beliau. Jom kita selami 10 fakta menarik tentang figura ini:
1. Nama Panggilan: ‘Pak Lah’
Beliau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, gelaran yang menunjukkan rasa hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat dan bersifat kebapaan.
2. Cucu Ulama Tersohor
Tun Abdullah merupakan cucu kepada Sheikh Abdullah Badawi Fahim, seorang ulama tersohor dan mufti Pulau Pinang pertama. Latar belakang ini menjelaskan kenapa beliau sentiasa menekankan nilai keislaman dan kesederhanaan dalam dasar pentadbirannya.
3. Lulusan Pengajian Islam dari Universiti Malaya
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya, membuktikan bahawa pendidikan Islam adalah asas penting dalam pembentukan prinsip kepimpinan beliau.
4. Perdana Menteri Pertama dari Pulau Pinang
Pak Lah ialah Perdana Menteri pertama yang berasal dari negeri Pulau Pinang, sekaligus memberi kebanggaan besar kepada rakyat negeri tersebut. Beliau merupakan ahli parlimen Kepala Batas bermula 1978 sehingga 2013.
5. Menang Besar dalam PRU 2004
Dalam Pilihan Raya Umum 2004, beliau mengetuai Barisan Nasional mencapai kemenangan luar biasa, memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen — antara majoriti terbesar dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Wajah Pak lah ketika waktu muda. Kredit foto: Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi
6. Pencetus Islam Hadhari
Salah satu inisiatif penting beliau adalah memperkenalkan konsep Islam Hadhari — pendekatan progresif terhadap Islam yang menekankan kemajuan, sains, akhlak, dan tadbir urus baik. Salah satu legasi peningalannya ini dilestarikan di Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi Institut Islam Hadhari.
7. Gaya Kepimpinan Lembut Tapi Tegas
Walaupun dikenali sebagai pemimpin yang lembut tutur kata, beliau juga tegas dalam prinsip. Beliau pernah menukar beberapa pendekatan dalam pentadbiran yang diwarisi daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
8. Mempromosikan Anti-Rasuah dan Ketelusan
Antara keutamaan awal pentadbirannya ialah memerangi rasuah dan meningkatkan ketelusan kerajaan, termasuk mengukuhkan institusi seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
9. Berundur Secara Terhormat
Pada tahun 2009, Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak secara teratur dan terhormat — satu langkah yang menunjukkan keikhlasan beliau demi kestabilan parti dan negara.
10. Bergelar Menteri Sebelum Naik Sebagai PM Ke-5
Sebelum bergelar Perdana Menteri pada 2003, beliau terlebih dahulu pernah bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86), Menteri Pertahanan (1986-87) dan Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 – Januari 1999).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Krisdayanti merupakan diva Indonesia yang begitu popular bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia beliau antara penyanyi seberang yang lagu-lagunya menjadi halwa telinga. Namu tahukah anda selain bergelar penyanyi dan pelakon, Krisdayanti juga merupakan seorang ahli politik di Indonesia.
Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan wakil rakyat yang mewakili Partai Demokrasi Indonesia perjuangan. Dia kini dilihat aktif dalam memperjuangkan suara rakyat selain cakna dalam urusan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.
Kain batik yang diolah menjadi busana moden yang cukup memikat.
Menariknya tentang pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ ini adalah gayanya yang cukup bangga menggayakan busana berasaskan batik setiapkali menuju ke dewan perwakilan rakyat. Kain batik cantik diolah menjadi busana moden namun masih lagi mengangkat tinggi seni budaya Indonesia.
Bahkan kalau bukan ke dewan perwakilan sekalipun pemilihan kain batik sebagai fabrik asas kepada gayanya merupakan satu ‘statement’ fesyen yang menarik perhatian. Keindahan kain batik jelas terserlah apabila diolah dalam paduan nuansa moden dan stail yang kekinian.
Wanita berusia 46 tahun ini berpendapat, “Seni dan politik boleh berkolaboratif dengan harmoni, begitu juga dengan budaya. Bangga mengenakan batik dalam kegiatan politik merupakan satu upaya mencintai budaya Indonesia.”
‘
kain batik bermotif parang.
Kain batik Cirebon yang diolah menjadi dress moden hasil rekaan pereka fesyen Ivan Gunawan.
Sut yang dihasilkan dari kain batik bukan sahaja kelihatan menarik bahkan tampil lain dari yang lain.Kain batik pekalongan yang diolah menjadi shirtdress. Potongan dan peletakan corak yang tepat menjadikan busana ini lebih mahal.
Krisdayanti sangat bangga mengenakan busana berasaskan kain batik dan sebelum ini dalam satu hantaran di Instagramnya dia ada berkata, “Kenakan batikmu dengan bangga sebagai bentuk identiti bangsa dan warisan budaya Indonesia.”
Sumber gambar: Instagram Krisdayanti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Harissa Adlynn terkilan apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia mudah rasa tidak selesa bila ada pelakon lelaki yang cuba rapat dan berbuat baik dengan dirinya ketika di set penggambaran.