Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyifatkan hukuman yang dikenakan kepada 15 orang yang dipercayai terbabit kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak adalah agak rendah.

Menurut Micheal, denda berjumlah RM500 dikatakan tidak setimpal dengan perbuatan mereka yang langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)


“Orang miskin curi pampers untuk anak kena penjara. Beruk-beruk bodoh masak kat petrol station kena RM500 sahaja. Sangat tidak adil.

“Kalau aku hakim, takkan tak boleh bezakan orang yang terdesak dan terpaksa mencuri dengan beruk-beruk Honda tak berotak tergedik-gedik pergi masak dekat petrol station yang boleh merberhaya hidup orang lain.

“Ni Mesti ada sesuatu yang tak kena. 500 Ringgit je?

IKLAN

Pandangan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Polis Evo 3 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Michael turut mencadangkan agar pihak stesen minyak turut mengambil tindakan agar perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat masyarakat.

“Okay sekarang jom kita kempen untuk Petron Malaysia pula saman beruk-beruk ni untuk kecuaian mereka. Beruk-beruk Malaysia ni kena ajar sikit,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar perbuatan ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

“Saya setuju. RM500 tidak setimpal dengan risiko perbuatan mereka yang akan memberi impak besar jika berlaku kecelakaan. Setuju jika mereka dipenjarakan kerana ini bukan lagi kecuaian tapi berbentuk show off dan telah mencabar undang-udang.

“Patut duduk dekat dalam tu lama sebab kurang cerdik susahkan orang lain bila masak di situ.

IKLAN

“Betul tu Mike. Rokok pun dilarang hisap dekat stesen minyak. Inikan pula masak dengan berdapur bagai. Kalaulah masa tu terjadi sesuatu bencana, rasa-rasa RM500 tu berbaloi tak untuk ajar orang yang otak sengkek tu?,” antara komen-komen netizen.

Memetik laporan Buletin TV3, Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh untuk membayar denda RM500 selepas didapati bersalah kerana memasak mi segera menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, Pahang pada 12 Mei lalu.

Kesemuanya dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI