Tidak dinafikan, kredibiliti pengacaraan Nabil Ahmad dalam mengendalikan program besar kelolaannya bersama rakan pengacara lain memberi impak besar di dalam kerjaya seninya, yang kini sudah pun menginjak usia 10 tahun.

Dalam tempoh tersebut, pengacara berusia 34 tahun ini mengakui sudah melalui pelbagai fasa dalam sisi kerjaya. Lalu, gelaran sebagai pengacara lelaki paling mahal di Malaysia bukanlah sesuai diberikan kepadanya.

Bercakap kepada MH di majlis Sedekas ‘My Story’ Nabil Ahmad Dalam Industri di Hotel Sunway Putra baru-baru ini, bintang asal Negeri Sembilan itu bagaimanapun mengakui, dia bukanlah pengacara termahal, sebaliknya lebih mementingkan soal hubungan baik di antaranya dengan pihajk penganjur.

IKLAN

“Nak dikata harga saya ni mahal, tidaklah juga sebab kalau nak diikutkan, saya selalu dapat job daripada penganjur yang sama, mereka ‘repeat order’ dan semuanya bergantung kepada perbincanganlah.

 

“Soal mahal ke tidak, ia tidaklah penting sebab saya lebih utamakan hubungan baik dengan mereka sebab selepas tawaran pertama, pasti akan ada lagi tawaran dan ia boleh dibawa berbincang,” katanya jujur.

Bukan Pengacara Lelaki Paling Mahal Di Malaysia, Pernah Buat Job Free Pun – Reaksi Jujur Nabil Ahmad

IKLAN

Jelas pengacara MeleTOP di samping Neelofa ini lagi, dia sebolehnya sentiasa mahu beringat, kerana pernah leka sebelum ini.

IKLAN

“Saya juga pernah berjaya dalam bidang ini, berada di tempat teratas dan saya juga pernah jatuh. Kini bangkit semula. Jadi mengapa perlu saya tinggi diri? Saya pun pernah je buat job percuma di sebuah stesen minyak milik kenalan lama di kampung.

 

Saya kenal dia ketika jadi penghantar surat lagi. Hubungan kami baik. Jadi sebab itulah saya lebih pentingkan soal hubungan itu.

 

“Tapi kalau organisasi besar, tak kan nak letak harga murah pula kan? Senang cakap, soal harga ni, ia ikut keadaan dan boleh dibawa berbincang,” kata program Ceria Megastar ini yang telah pun bersiaran sejak 2 Mac 2018 lalu menerusi  Astro Ceria, Astro Prima, Astro Maya HD dan platform digital Astro GO.

Bukan Pengacara Lelaki Paling Mahal Di Malaysia, Pernah Buat Job Free Pun – Reaksi Jujur Nabil Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI