
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.
Menurut Neelofa, kehadiran mereka hanyalah untuk memberikan sokongan sekali gus menarik perhatian lebih ramai penonton bagi menyaksikan program berunsur manfaat tersebut.

“Pada saya, tumpuan tetap diberikan kepada para peserta. Kami hanya memainkan peranan sampingan yang sama-sama ingin memberikan sokongan seterusnya menunjukkan Mualim Muda ini adalah sebuah program yang baik.
“Kehadiran kami bukanlah untuk overshadow para peserta yang bertanding,” katanya kepada MH.
Program Sarat Ilmu
Sementara itu, PU Riz berpandangan masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menonton program ini kerana ia sarat dengan ilmu yang bakal disampaikan oleh individu-individu berkaliber.

“Kita kena lihat maksud di sebalik program ini. Agak lama juga saya menunggu untuk program seperti ini diadakan semula. Bila ia didakan semula, saya jadi bersemangat.
“Barisan juri juga terdiri daripada orang-orang yang hebat. Dr. Kamilin ada PHD dalam bidang agama. Ustaz Kazim Elias pula tidak perlu disangkal lagi.
“Hos, Ustaz Fakhrul juga punyai ilmu luas dalam agama. Semua yang terlibat di dalam program ini bergerak ke arah yang sama.
“Saya rasa tiada pihak yang menyinari atau melebihi sesiapa. Apa yang penting adalah ilmu yang ingin disampaikan di dalam program ini,” katanya.
PU Riz dan Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Mualim Muda, baru-baru ini.

Terdahulu, PU Riz bakal terlibat selaku hos bersama Fakhrul UNIC, manakala Neelofa pula diberi tanggungjawab sebagai juri tetap bersama Datuk Ustaz Kazim Elias dan Dr. Kamilin Jamilin.

Dalam masa sama, PU Riz mengakui teruja apabila pihak Astro menawarkan peluang tersebut kepada dirinya dan isteri.

“Kami bersetuju untuk terlibat di dalam program ini kerana ia kembali diadakan selepas hampir 10 tahun berehat. 10 tahun dahulu, sayalah antara peserta yang terlibat.
“Saya pun bagitahu kepada Lofa, marilah kita sertai program ini. Lagipun, kita memang sudah aktif di jalan ini (agama). Jadi, mana-mana media yang adakan inisiatif seperti ini, kita kena sokong.
“Kami sepakat untuk turut sama terlibat dan bersama sehingga ke akhirnya,” ujarnya lagi.
Fokus Sisi Persembahan, Penyampaian
Menyandang tanggungjawab sebagai juri tetap, Neelofa menjelaskan dia akan menggunakan pengalaman luasnya dalam bidang seni bagi berkongsi ilmu kepada para peserta, khususnya dari aspek persembahan dan penyampaian.

“Bila mereka naik ke pentas dan menyampaikan perkongsian, sebagai orang yang berada di industri seni, kita tahu kritiria-kritiria penyampaian yang baik terutamanya daripada aspek lontaran suara, interaksi bersama penonton dan eye contact.
“Jadi, untuk aspek-aspek itu, kita boleh berikan komen dan nasihat-nasihat yang berguna.
“Pada akhirnya nanti, kita mahu para mualim ini dapat menjadi individu yang memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat.
“Saya mahu mereka ini menjadi antara penceramah yang hebat, mempu buat program besar serta menjawab soalan dengan baik. Kita ada penceramah yang sebegitu tapi kita nak lahirkan lebih ramai,” akhirinya.
Mualim Muda bakal bersiaran bermula 19 Disember ini, jam 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Prima (105), serta boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




