Dua tahun tidak dapat beraya seperti kebiasaan sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat penyanyi senior, A Romzi. Jika selama ini lebaran yang dirai meriah, namun sudah dua kali ia sepi tanpa sebarang sambutan seperti kelaziman.
Menurut A Romzi, dia masih lagi terkenangkan pengalaman yang dilalui apabila perintah kawalan diperketatkan dan kebanyakan umat Islam tidak dapat kunjung mengunjung seperti kebiasaan.
“Kami terpaksa membataskan pergerakan akibat takut dijangkiti (Covid-19) dan sebagainya. Semua orang perlu berjaga-jaga memandangkan suasana tersebut tidak pernah dilalui oleh kebanyakan orang.
“Tapi Alhamdulillah, semuanya sudah kembali asal dan kebanyakan negara pun sudah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik. Sudah tentu lebaran kali ini lebih bermakna,” katanya.
Mengembangkan kerjaya seninya di Singapura sejak dahulu, penyanyi era pop yeh-yeh ini gembira apabila dapat kembali bersatu dengan keluarga selain mahu kunjung mengunjung seperti kebiasaan.
Lebih mengujakan, dia turut merakamkan semula lagu raya bagi menyemarakkan lagi sambutan Syawal menerusi Musafir Di Aidilfitri. Lagu yang termuat di dalam album Raya #KembaliBersama ini turut disertai beberapa penyanyi baharu dan lama Singapura.
Menerusi album ini, sembilan buah lagu termuat termasuklah empat daripadanya merupakan lagu lama yang mendapat sentuhan Sha’aban Yahya sebagai penerbit album.
Antara penyanyi yang terlibat terdiri daripada Daniel Baharin & Zalelo menerusi lagu Hari Raya; Effie Ismail & Farisha Ishak (Kemenangan Hari Raya) dan Mahani Mohd (Pesanan Lebaran).
Ads
Turut terlibat Ulan & 7RiiiQa (dk Sendu Aidilfitri); Arif Samsudin (Raya Merubah); Syaz Smooth & Putri Emily (Syukur Raya); Ahmad Stokin (Hari Raya Bukan Lebaran) dan Musafir Di Aidilfitri (A Romzi).
Bagi Mahani pula, dia gembira apabila dapat menyumbang suara untuk album raya kali ini setelah melalui pelbagai pengalaman akibat pandemik yang melanda.
Jelasnya, sebagai penyanyi yang berpengalaman dia gembira dapat berpadu dengan golongan muda bagi menghasilkan sebuah album yang akan dikenang sampai bila-bila.
“Saya gembira dapat terlibat sama dalam pembikinan album ini bersama barisan artis hebat yang lain. Kalau lagu ini diterima, ia pasti memberikan keterujaan buat saya.
“Harapnya peminat masih sudi mendengar dan terus menyokong kami,” kata penyanyi popular era 80-an ini lagi.
Ads
Bagi Syaz pula, dia gembira apabila dapat terlibat sama dalam album ini terutama apabila bekerjasama dengan Sha’aban yang merupakan antara individu yang dihormati di sana.
“Apabila melalui proses rakaman dengan orang yang berpengalaman sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat saya. Bukan mudah mahu dapat peluang sebegini.
“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya tak sabar nak menantikan maklum balas daripada pendengar pula.
Hal yang sama diluahkan Danial yang menganggap ini merupakan penghormatan buat dirinya apabila diberikan peluang terlibat sama dalam album Raya #KembaliBersama.
Ads
Jelasnya, sikap positif yang ditunjukkan oleh semua pihak semasa proses rakaman berlangsung membuatkan dia gembira dan dapat menimba ilmu baharu dalam bidang ramakan suara.
“Banyak ilmu baharu dicurahkan oleh Sha’aban terutamanya cara untuk mengelakkan tekanan semasa proses rakaman dan sebagainya,” kata Danial lagi.
Bagi Putri Emily pula, dia bertuah kerana dapat merakamkan lagu baharu bersama Shaz yang juga merupakan rakan seangkatan dengannya.
Melodi yang sedap dengar ditambah dengan irama yang moden membuatkan dia jatuh hati dengan lagu Syukur Raya yang juga merupakan lagu duet bersama Syaz.
“Apa yang paling menarik sudah tentu dapat merakamkan suara di studio Yama Jive, antara studio terbaik yang ada di Singapura. Ini pengalaman berharga,” katanya.
Sebagai info, album Raya#KembaliBersama diterbitian Yama Jive Production dan kini boleh didengar disemua platform digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama menyepi berikutan kontroversi yang melanda dirinya dan suami, akhirnya, selebriti popular Indonesia, Nia Ramadhani memuat naik foto terkini bersama keluarga ketika sedang bercuti di Disneyland California, Amerika Syarikat.
Menurut Nia, dia sememangnya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk kembali kepangkuan anak-anak dan ibu bapa tercinta.
Katanya lagi, dia dan suami telah banyak belajar daripada kesilapan lampau dan akan berusaha menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Bersyukur sudah boleh bercuti bersama anak-anak dan keluarga setelah melewati pengajaran terbesa dalam kehidupan.
“Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan doa. Apapun yang terjadi dalam hidup kita,semuanya dengan izin Allah.
“Alhamdulillah, hikmah daripada kejadian yang saya dan suami alami, sudah kami rasa dan hadapi,” tulisnya.
Dalam pada tu, pelakon yang terkenal menerusi drama, Bawang Putih Bawang Merah itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan menitipkan doa buat dia sekeluarga.
“InsyaAllah di masa hadapan keperibadian kami akan menjadi lebih baik lagi. Terima kasih kepada anda semua yang mempunyai pemikiran yang terbuka.
“Terima kasih kerana sudah menjadi manusia yang tidak sombong yang merasakan boleh menilai kehidupan orang lain hanya dengan melihat daripada luarannya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti Indonesia turut tumpang gembira selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Nia dan suami.
Terdahulu, pada Julai 2021, Nia dan suaminya, Ardi Bakrie ditahan di kediaman mereka di Jakarta Pusat dengan syabu seberat 0.78 gram turut ditemui. Dalam serbuan itu, polis menemui alat dipercayai digunaka untuk menghisap syabu.
Mengikut laporan, Nia mengakui mengambil bahan terlarang kerana tekanan kerja.
Selepas perbicaraan di mahkamah, Nia dan suami diperintahkan untuk menjalani sesi pemulihan selama lapan bulan di Fan Campus, Bogor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nia Ramadhani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Imbas kembali, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.
Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
1 April lalu genap 26 tahun penglibatan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam bidang hiburan. Sepanjang tempoh itu, anak jati Kuala Lipis, Pahang itu telah berjaya meraih pelbagai anugerah dari dalam mahupun luar negara di atas pencapaian kerjaya seninya.
Terbaharu, nama Siti sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas namanya tersenarai dalam list Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time seperti yang dikongsikan laman Twitter rasmi, The Artist Museum.
Dalam senarai itu, Siti berjaya mengalahkan nama-nama besar bintang antarabangsa seperti Justin Timberlake, Usher, Nicki Minaj termasuk idolanya, Celine Dion.
Mendiang Michael Jackson mendahului carta sementara tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik Beyonce dan Taylor Swift. Sementara, kumpulan sensasi Kpop, BTS di tangga keempat.
Rata-rata peminat melahirkan keterujaan di atas kejayaan membanggakan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Dahsyat betul boleh masuk dalam list ni.
“No. 27 penyanyi yang menerima paling banyak anugerah di peringkat global dan beliau masih lagi memegang takhta penyanyi paling tinggi anugerah di Malaysia dengan sebanyak 329 trofi.
— The Artist Museum (@TheArtistMuseum) April 5, 2022
“Tahniah Siti Nurhaliza. Sentiasa menjadi penyanyi nombor satu pilihan saya. Tolong jangan berhenti menyanyi… kami masih memerlukan anda dalam industri ini,” tulis peminat setia Siti.
Untuk rekod, Siti merupakan artis Malaysia yang paling banyak memenangi anugerah sehinggakan rekod itu dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan masih lagi kekal dengan rekod tersebut sehingga kini.
Pelbagai anugerah yang berjaya diraih Siti antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM), 25 trofi di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik dan 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...