Erra Fazira yang menggalas tanggungjawab sebagai rakan penyampai segmen Pagi Di Sinar di stesen radio Sinar FM selama sebulan di samping Angah, Jepp dan Rahim mendedahkan dia tidak tahu kejutan yang diterima apabila Datuk Awie diundang sebagai tetamu di konti.
Berkongsi di Instagram, bintang filem Hingga Hujung Nyawa itu terkejut dengan kehadiran rakan selebritinya itu.
“So sweet. Datuk @awieofficial turun buat kejutan di konti @sinar_my. Saya tekezut giler sebab tak ada sesiapa bagitahu ada tetamu dan tetamu tu pulak Abam Awie.
Ads
“Kejutan yang sweet sangat. Thank you korang, thank you Abam Awie memeriahkan pagi dan menambah lagi memori indah dalm lipatan sejarah. InsyaAllah ada rezeki bjumpa lagi. InsyaAllah ada rezeki kita bkejesama lagi,” tulisnya.
Erra pada masa sama turut menitipkan doa buat insan yang pernah hadir di dalam hidupnya itu.
Ads
“Meanwhile, saya doakan Awie diberi kesihatan yang baik, terus gemilang bersama kerjaya dan bahagia bersama seisi keluarga. Take care,” titipnya.
Ads
Menerusi beberapa foto dan video sedutan yang dikongsi Erra dan Awie turut mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah, kisah dua beradik, Zarif Azrie Zahari bersama Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap ‘slim fit’, Mjestic cukup memberi inspirasi
Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam menjadi bukti mereka komited dalam bisnes yang dilakukan.
Zarif, 31, abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.
“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.
“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.
“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.
Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.
“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.
“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.
Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal dan setakat ini, lebih 15,000 helaian terjual.
“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya secara fizikal.
“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.
“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualansecara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntunganjualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.
Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.
“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’menawan kerongsang bunga di poket.
“Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.
Sementara itu, pihaknya juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan ramai yang sebelum ini mendakwa bapa kepada lima cahaya mata itu tidak lagi mahu mencipta sensasi di media sosial.
Bagaimanapun, pelancaran muzik video raya terbarunya, Kelepok Raya yang dilancarkan baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi.
Menjelaskan mengenai isu ‘cakap tak serupa bikin’, Aliff mendedahkan ia bergantung pada pemahaman orang yang menonton, selain bersifat universal.
“Bagi saya, selagi tak buat benda yang di luar tabii, saya rasa tak ada masalah. Dalam hal tarian misalnya kalau kalian tengok, kecaman lebih kepada kenapa macam belut, kenapa macam ada bulu ketiak.
“Jadi bagi saya benda ni universal. Kalau kalian tengok video klip orang lain, bukan nak mengungkit… rasanya ada yang lebih teruk. Tapi tak dijadikan bahan mulut.
“Saya memang nak jadi baik. Jujur saya tak nak ada sebarang publisiti yang tak bagus. Cuma bagi saya orang Malaysia ni suka tengok benda yang ‘eksotik’,” katanya.
Ditanya mengenai tajuk lagu berkenaan, Aliff mahukan sesuatu yang ringkas dan mudah diingati.
“Banyak talent yang keluarkan lagu dan saya perlukan satu tajuk yang orang akan ingat. Saya tak boleh letak ‘Kelepak Kelepok Raya’, saya ambil hujungnya saja, ‘Kelepok Raya.’
“Bermaksud, macam kita ‘tepok orang’. Dalam lagu pun saya dan isteri menyanyi ‘fighting-fighting’. Tapi sesetengah orang salah tafsir,” katanya lagi.
Sehingga kini, lagu berkenaan sudah pun menerima lebih 800,000 tontonan menerusi saluran YouTube Rusa Music sekaligus menjadi trending nombor 1 setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama rantaian Harith Fayyadh telah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Setelah bersiaran selama 15 episod, para penonton kini harus mengucapkan selamat tinggal buat barisan para pelakon.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, salah seorang pelakon utamanya, Adam Lee merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menunjukkan sokongan terhadap drama Harith Fayyadh daripada awal hinggalah ke akhir.
Menurut Adam, dia berharap agar para penonton terhibur dengan segala usaha keras para pelakon bagi menjayakan drama ini.
“Terima kasih kerana menonton Harith Fayyadh. Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan kami.
“Semoga kita semua dapat bertemu lagi nanti. Mungkin dikarya-karya agung yang lain,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga tidak sabar untuk bertemu dengan peminat menerusi drama-dramanya yang lain.
Dalam pada itu, menerusi sebuah lagi entri berasingan, heroin drama ini, Cahaya Nilai mengakui amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk berlakon bersama palakok popular Adam.
Menurut Cahaya, sepanjang sesi pengambaran berlangsung, dia amat senang untuk bergandingan bersama Adam.
Malah, dia juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada barisan pihak produksi yang mempercayai bakatnya untuk membawakan watak Vivy.
“Inilah Adam dan Cahaya. Betul-betul selepas tamatnya pengambaran drama Harith Fayyadh. Kami baru keluar kereta.
“Adam dengan Dyson dia tak berpisah. Terima kasih Adam kerana menjadi orang yang kelakar dan menyeronokkan ketika bekerja bersama.
“Fayyadh dan Vivy mengucapkan selamat tinggal sekarang. Terima kasih kepada pengarah dan semua yang terlibat,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif selain turut meluahkan rasa sedih selepas menonton episod akhir drama berkenaan.
“Kenapa Fayyadh kena pergi. Sedinnya ending.
“Dalam pada kahwin dua, tak sangka Fayyadh yang pergi dulu. Ingatkan sama-sama membesarkan anak masing-masing.
“Pengakhiran yang menyedihkan tetapi saya suka dengan pengajarannya.
“Saya sangat sedih dengan episod terakhir ini. Fayyadh meninggal.
“Mak saya sangat puji dengan jalan cerita drama ni. Banyak pengajaran. 100 bintang untuk semua pelakon yang terlibat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Harith Fayyadh merupakan sebuah drama arahan Ayie Mustafa yang ditayangkan di slot Akasia, TV3.
Selain Adam dan Cahaya, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Hafidz Roshdi, Nad Zainal, Fauziah Mawi, Hasnol Rahmat, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Adam Lee & Cahaya Nilam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.