Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan beberapa kontroversi melibat dirinya.
Bella telah dikritik hebat netizen kerana didakwa menjadi punca penarikan diri penyanyi, Stacy daripada sebuah acara konsert.
Tidak terhenti setakat itu, Bella sekali lagi menjadi mangsa kecaman segelintir netizen
selepas video nyanyiannya tular di media.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil memberikan kata-kata semangat buat kakaknya itu untuk kembali bangkit.
Menurut Didi, Bella merupakan seorang wanita yang sanggup berkorban dan bekerja keras demi membesarkan anak-anak dengan baik.
“Sumber kekuatan Kak Long untuk selalu bertahan dengan perjuangannya. Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun.
“Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup Kak Long.
“Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ni,
Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, Didi juga mengakui bukan mudah buat Bella untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu tunggal.
“Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam Kak Long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian.
“Tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak Kak Long akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.
“Teruskan apa sahaja usahamu Kak Long untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan.
Ads
“Semoga segala urusanmu dipermudah. Semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buat mu. Semangat ya, Kak Long,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut sama memberikan kata-kata semangat buat Bella.
“Jika baca komen-komen netizen di Facebook, betapa jahatnya mereka. Hanya kerana satu isu, tak mampu nak tutup mulut longkang berkenaan. Bella, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Ads
“Saya faham bila Didi kongsi hantaran sebegini. Mungkin ramai yang kecam fasal isu yang mereka pun tak tahu hujung pangkal. Terus kuat Bella. Kebahagiaan anak mengatasi kecaman-kecaman manusia yang tiada otak sekarang ini.
“Semoga terus kuat Bella. Pedulikan orang-orang yang membenci. Biar Allah sahaja yang mengadili. Ramai ikhlas dan sayangkan Bella daripada manusia bertopeng.
“Yang asyik kutuk-kutuk, tengoklah anak dia yang dua orang tu. Kalau tak suka, tak perlu cakap bukan-bukan. Korang tahu ke betapa payahnya Bella cari rezeki buat anak-anak,”- antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi , Bella dan bekas suami, Aliff Aziz telah sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Bella dan Aliff berpisah selepas lapan tahun hidup bersama. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah & Didi Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Remy Ishak sebelum ini pernah memaklumkan dia merancang untuk mengeluarkan sebuah buku yang berkisahkan tentang hidup dirinya.
Bagaimanapun, bintang filem Sangkar itu akui fasa putus pertunangan dia bersama bekas tunang, Ezza Yusoff sedikit sebanyak mengekang dirinya untuk fokus.
Malah jadual lakonan yang tak menentu turut menjadi faktor perancangan tersebut kerap tertangguh.
“Saya akui apa yang terjadi sebelum ini dalam hidup saya sedikit sebanyak menganggu perancangan yang sebelum ini saya sudah rancang.
“Sebagai manusia biasa sudah pastinya akan merasai impak, perasaan sedih dan sebagainya.
“Tapi kalau boleh tak nak kaitkan benda-benda macam tu dalam kerjaya saya lagi.
“Jadi fasal buku biografi itu, saya terpaksa berhenti sekejap sebab tak nak menghasilkan sebuah buku yang tidak berkualiti,” katanya kepada MH.
Ditebak dengan persoalan cinta pula, bintang kacak berusia 37 tahun ini menambah, dia belum bersedia menjalinkan mana-mana hubungan serius.
“Saya dah move on, buat masa ini saya memang tidak ada membuka ruang untuk sesiapa sebab ini soal hati dan perasaan, tak terfikir lagi nak cari orang lain ketika ini.
“Memang nak sangat kahwin tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi.
“Bukan sebab saya terlalu memilih ke apa, tapi kadang-kadang kita kena memilih sebab nak hidup bersama ni untuk selamanya,” jujurnya.
Penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci akui teruja selepas mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.
MBOR telah mengiktiraf Wincci sebagai Miss World Malaysia pertama yang dilantik sebagai professor di nagara ini.
Menurut Wincci, meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan, namun, ia tidak sesekali mematahnya semangatnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya merupakan fasa yang agak sukar untuk semua orang. Kehidupan kita betul-betul telah diuji. Seperti kata pepatah ‘What doesn’t kill you makes you stronger’.
“Ya, memang benar dan ini bukan April Fool. Hari ini, secara easmi saya telah dilantik sebagai professor. Bermula sebagai ratu cantik dan kini mula melangkah ke dunia professor,” tulisnya di Instagram.
Sementara itu, penyanyi lagu Terus Teranglah ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnys selama ini.
Pada masa sama, Wincci juga turut menyeru kepada semua pihak utuk sentiasa mengejar cita-cita yang telah diimpikan.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan kehidupan saya selama ini. Terima kasih juga buat mereka yang telah ketawakan, berniat khianat dan tikam saya daripada belakang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Kerana perkara ini, saya menjadi lebih kuat dan bersemangat tinggi. Ini hanya permulaan buat perjalanan baru didalam kehidupan saya.
“Jangan pernah sekali pun berputus asa dengan setiap perkara yang kita impikan. Bangkitlah dengan lebih kuat bila setiap kali kita terjatuh,” kongsinya lagi.
Menerusi entri berasingan, Wincci turut menzahirkan rasa teruja apabila dia bakal memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah dan tenaga pengajar di Fakulti Muzik, Univerisiti Teknologi Mara (UiTM).
“Bersedia untuk berkhidmat demi negara denganperkara yang paling saya suka iaitu muzik,” kongsinya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turur menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan agar perjalannya sebagai pengarah akan sentiasa dipermudahkan.
“Congrats and welcome to the world of academia!
“Tahniah Doktor. Selamat mengajar.
“Very beautiful and very nice lady.
“Congratulations Doc. Best of luck for your future endeavour.
“Welcome onboard! All the best to you,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam hantaran sama, Wincci juga turut memuat naik gambar sijil yang diterimanya daripada MBOR.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Dr. Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyifatkan adegan mesra, peluk dan babak ‘berguling-guling’ yang dilakonkan mereka menerusi filem terbaru berjudul Sabda Kekasih bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.
Di dalam salah satu babak filem tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,32, yang mendukung watak sebagai Bukhari Muslim dilihat memeluk mesra kekasihnya Kasih Murni (lakonan Wawa) yang bertudung labuh walaupun mereka belum bernikah.
“Saya tahu watak pasangan kekasih dalam filem Sabda Kekasih ada pegang-pegang dan peluk walaupun belum berkahwin. Bagi saya, orang dah tahu kami memang suami isteri. Tapi tak perlulah menjadi ikutan di luar sana.
“Hakikatnya memang macam tu kan sesetengah orang di luar sana. Cuma perkara itu (tidak jaga batas) janganlah dijadikan ikutan.
“Tapi bagi saya, waktu inilah (ketika shooting filem) saya boleh pegang perempuan, sebab saya tidak pegang atau bersentuhan dengan perempuan lain sebelum ini,” seloroh Aeril.
Dia pada masa sama turut mengakui dirinya lebih mudah dan selesa apabila berlakon dengan isteri sendiri.
Bagaimanapun, Aeril tetap mengkritik isterinya kerana mahukan yang terbaik.
“Dari segi pergerakan badan, ia agak senang kerana kami suami isteri. Namun saya melihat lakonan Wawa dari sudut pandangan seorang penonton. Dia pun dah lama tak berlakon.
“Jadi, biasanya kami ‘bergaduh’ juga di lokasi penggambaran tapi tak adalah bawa ke rumah. Pasal kerja sajalah. Memang perangai saya suka cari salah dia dalam kerja kerana mahukan yang terbaik,” katanya lagi.
Filem Sabda Kekasih, projek filem pertama bawah syarikat produksi Respected Citizen Production Sdn Bhd dimiliki oleh Aeril dan Wawa.
Ia merupakan sebuah kisah romantik tragedi yang bermula dengan kisah seorang pemuzik jalanan bernama Bukhari yang mengubah kejahilan dirinya hanya kerana Cinta seorang gadis iaitu Kasih Murni.
Namun berlaku tragedi yang tidak diingini pada hari pertunangan mereka yang menyebabkan kesengsaraan yang dialami oleh pasangan kekasih ini.
‘Kekurangan bukan kedaifan, kelebihan bukan kemuliaan’ ini mengangkat erti sebenar penerimaan cinta bukan hanya pada zahir semata-mata.
Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.
Tayangan filem Sabda Kekasih bermula sejak 24 Jun 2021 lalu di Saluran Astro First 480.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar hiba datang dari industri hiburan Korea hari ini apabila pelakon Song Jae Rim ditemui meninggal dunia hari ini.Pihak berkuasa mengesahkan bahawa pelakon berusia...