“Bukan Menyendiri Cuma…,”- Dikata Makin Sunyi Dari Lakonan Sebab Patah Hati, Ini Jawab Intan Ladyana

Share

Pelakon Intan Ladyana atau nama sebenarnya, Intan Nurladyna Mohamat Yahaya merupakan seorang pelakon yang sering menjadi perhatian perminat.

Bagaimanapun, kalau ada yang perasan, pelakon berusia 36 tahun itu sepertinya semakin menyepi dari dunia lakonan dan industri hiburan tanah air.

Pertemuan MH bersamanya secara tak langsung memberi ruang buat kami untuk bertanya mengenai perkembangan terkini pelakon berdarah kacukan itu.

“Saya kurang berlakon agak sibuk dengan beberapa projek lain dan masa sama saya nak mencari karya yang lebih berkualiti.

“Bukan nak kata memilih ke apa tapi nak berkerja dengan karya yang saya rasa boleh menonjolkan lagi lakonan saya memandangkan saya bukan lah baru dalam seni.

“Jadi inilah masanya untuk saya cari yang terbaik selain mahu masa berkualiti dengan diri sendiri serta keluarga,”kongsi Intan jujur.

Pada masa sama, Intan menafikan pendiriannya untuk perlahan dalam lakonan kerana patah hati dengan hubungan cinta terdahulu.

IKLAN