Penyanyi, Sufian Suhaimi ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Tweet tersebut ternyata dilihat telah menimbulkan rasa curiga dan kurang senang dikalangan hati peminatnya di media sosial.
“Bukan kuat tidur, cuma berlatih meninggal,” tulisnya.
Ads
Tweet tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak dan mereka turut membanjiri ruangan komen komen tersebut untuk memberi semangat kepada penyanyi berkenaan.
Dalam pada itu, tweet tersebut telah menjadi tular selepas mendapat lebih 26,000 retweet dan 20,000 tanda suka.
Ads
Ads
Alahai, kenapa pula dengan Sufian tu? Apapun, kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat penyanyi lagu Di Matamu itu.
Sumber: Twitter Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini telah berlangsungnya sebuah majlis minum petang untuk kempen Dunia Tanpa Wanita anjuran Mingguan Wanita sempena hari wanita sedunia. Majlis tersebut telah berlangsung pada di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Oleh itu, MH telah berkesempatan bertemu dengan penyanyi Elly Mazlein yang merupakan salah seorang artis yang membuat persembahan di majlis tersebut.
Baru-baru ini, Elly Mazlein atau lebih gemar dengan panggilan Kak Lina dikhabarkan telah pergi bercuti ke negeri Kelantan untuk bebeberapa hari.
Menurut Kak Lina, ia akui kini dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka yang berasal dari negeri itu dan masih lagi dalam fasa pengenalan antara satu sama lain.
Tambahan lagi, penyanyi yang berusia 39 tahun itu telah memaklumkan dia telah pergi ke Kelantan untuk mengenali keluarga jejaka itu dengan lebih dekat.
“Ya, Kak Lina kat Kelantan, Kak Lina jumpa family kawan Kak Lina tapi setakat ini Kak Lina tak berani nak cakap apa-apa sebab kita baru dalam proses kenal mengenali kedua belah keluarga.”
“Untuk nak cerita lebih lanjut belum lagi sebab kita tak ada lagi sebarang perbincangan untuk yang seterusnya.”
“Sebenarnya kita hanya merancang benda yang baik-baik, so Kak Lina mengharapkan segala niat itu akan berlaku dengan jayanya tapi walau macam mana pun Kak Lina masih lagi , kami masih lagi usaha ke arah itu.”kata Kak Lina.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bakawali itu turut berkongsi pengalamannya sepanjang berada di Kelantan.
“Kak Lina sangat have fun dekat sana, Sephia pun! Banyak tempat kami pergi. Kawan saya dan family dia banyak bawa kita orang sana sini sampai ke Terengganu dik!”kata Kak Lina dengan teruja.
Selain itu, Kak Lina juga berkata pengalaman berada di sana sangat seronok dan mengembirakan.
Isteri kepada penyanyi, Tomok awal malam tadi ada memberikan dedikasi istimewa buat insan bergelar guru.
Menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini menulis, tugas seorang guru sangat mulia kerana mampu mengurusan bilangan pelajar yang ramai dengan baik.
“Assalammualaikum…lama tak post kat ig…story2 je dibu sempat….biasalakan bila dah jadi cikgu sepenuh masa ni, stress pulok kita…walhal anak murid sorg jekkk…huhuhu arrianla saper lagi.
“Salute to all teacher …nak jaga murid sorang pun berpeluh ketiak ini kan pula 40 student dalam satu masa…sbb tu tugas guru tu tersangatla mulia,” tulisnya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Andrashah Iman.
Foto: Instagram Rahayu Abas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.