Nama Hael Husaini kini semakin meningkat naik lebih-lebih lagi setelah lagu ‘Jampi’ diangkat sebagai juara pada Anugerah Juara lagu (AJL) ke-32 baru-baru ini.

Tidak cukup itu, dia juga hebat mencipta lagu yang kena dengan pilihan pendengar masa kini. Lihat sajalah kejayaan lagu ciptaannya, ‘Pematah Hati’ nyanyian Nabila Razali yang cukup popular kini.

Mungkin sebab itu, Hael kini menjadi pilihan ramai rakan artis untuk menjadi pencipta ‘single’ mereka sehinggakan dia terpaksa menolak permintaan rakan-rakan tersebut.

IKLAN

‘Bukan Demand Tapi…’- Hael Husaini Jelas Sebab Terpaksa Tolak Permintaan Rakan Artis

Memetik Astro Gempak, Hael mempunyai sebab yang kukuh memandangkan tempoh masa untuk menghasilkan satu lagu yang baik memerlukan tempoh tertentu.

IKLAN

“Alhamdulillah, saya menerima banyak permintaan rakan-rakan penyanyi untuk mencipta lagu mereka. Tetapi, tidak semua yang boleh saya tunaikan, lebih-lebih lagi penyanyi yang mahukan lagu dalam masa terdekat.

“Bukan nak bersikap ‘demand’, tetapi saya memerlukan masa untuk mencipta lagu yang bersesuaian. Sejujurnya, saya tidak menyimpan lagu atau mempunyai arkib kerana semua lagu yang saya ciptakan sebelum ini memang khusus mengikut suara artis itu sendiri.

“Saya harus mengkaji dahulu kesesuaian suara penyanyi itu dan mahu menghasilkan karya berkualiti bagi terus mengekalkan momentum sebagai komposer.

“Kini, saya dalam proses akhir untuk menyiapkan lagu untuk Stacy dan Ayda Jebat. Perjalanan menghasilkan lagu mereka juga telah bermula semenjak tahun lalu dan masih belum selesai,” kata Hael yang ditemui di Malam Penghargaan Jampi di Ruang Shah Alam.

Sebagai seorang yang komited dengan kerjanya, mestilah Hael mahukan lagu yang dihasilkan mencapai kepuasan pendengar kan? Tak adalah setakat tangkap muat sahaja.

Sementara itu, Hael juga bakal muncul dengan ‘single’ keduanya selepas ‘Jampi’ berjudul ‘Haram’.

IKLAN

“Insya-Allah, Haram bakal membawa satu kelainan dan saya janjikan ia berbeza berbanding Jampi.

“Saya memilih Haram sebagai tajuk kerana perkataan tersebut jarang digunakan dalam lagu. Namun, jika kita lihat dalam kehidupan seharian, perkataan ‘haram’ sering digunakan,” katanya lagi.

Tentunya MH tak sabar nak tunggu ‘single’ terbaru Hael itu. Bukan sahaja suaranya sedap tapi hebat juga mencipta lagu. ‘Love’ sangat!

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI