Pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf yang dilakukan rakan artis, Zul Ariffin susulan isu tular baru-baru ini sebagai jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia sudah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.

“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalah ertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.

“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.

IKLAN

“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.

“Bukan Bermaksud Nak ‘Back Up’…,” – Ruhainies Ulas Isu Zul Ariffin, Akui Semua Orang Tak Boleh Lari Buat Kesilapan “Bukan Bermaksud Nak ‘Back Up’…,” – Ruhainies Ulas Isu Zul Ariffin, Akui Semua Orang Tak Boleh Lari Buat Kesilapan “Bukan Bermaksud Nak ‘Back Up’…,” – Ruhainies Ulas Isu Zul Ariffin, Akui Semua Orang Tak Boleh Lari Buat Kesilapan

IKLAN

Tambah Ruhainies lagi, adalah tidak adil jika hanya tuding kesilapan kepada satu pihak saja.

“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.

IKLAN

“Saya percaya, Zul selepas ini akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.

Ruhainies dan Zul sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 Jun tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI