“Bukak Waze, Dia Cakap 9.50 Baru Sampai, Ofis Cik Piah Depan Tu Je,” – Minta Diberi Kesabaran, Feeya Iskandar ‘Stuck’ Dalam Kesesakan

Share

Seperti yang sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bukan sahaja menimbulkan rasa di kalangan orang ramai, golongan selebriti yang bekerja turut memberikan reaksi.

Penyampai radio, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan misalnya, meluahkan rasa berhubung perkara tersebut selepas berdepan kesesakan jalan raya yang teruk, pagi Isnin.

Feeya ada berkongsi situasi yang dialami ketika mahu ke pejabat.

“Dah dekat tol Damansara pukul 9. Kereta dah padat, sebab keluar masuk tol ni ada roadblock.

“Bukak waze, dia ckp 9.50 kau baru sampai. Sedangkan opis cikpiah depan tu je. Haih.

“Tolonglah bagi kesabaran yg tinggi utk aku hadap jem mcm ni hari-hari. Kalau ada pkp, aku fed up!,” tulisnya.

Link posting

Perkongsian melalui video itu sehingga kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali beserta komen yang pelbagai.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

IKLAN