Bersempena tahun baru ini maka terbukalah buku baru untuk kita coretkan setiap perkara yang dilalui sepanjang tahun ini.

Tidak terkecuali pelakon, Izreen Azminda yang telah menimbulkan kontoversi hebat apabila mengahwini seorang pemuzik dan merupakan suami orang.

Tidak dinafikan, 2017 bukanlah satu tahun yang mudah untuknya, selepas kes perkahwinannya mula reda, ada pula individu tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar mesra bersama suami tidak bertudung sewaktu di rumah.

Ads

Membuka lembaran baru, Izreen telah tampil ke hadapan dan memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Malah, Izreen turut memaafkan semua individu yang telah menyakiti hatinya, menghina dan mengfitnahnya.

Ads

Ucapannya itu dikongsi oleh Izreen menerusi akaun Instagramnya.

Ads

“Jika kamu mampu memaafkan kekhilafan org lain ketika hati kamu terlalu sakit dan sedih..percayalah.. bahagia dan tenang itu akan sentiasa bersamamu” itulah pesanan hamba Allah yg saya pegang sehingga hari ini…

 

“Dan bersempena tahun baru ini.. saya memohon sejuta kemaafan kepada semua dan begitu juga memaafkan mereka2 yg membenci..menghina.. menfitnah.. membuka aib..ataupun menjatuhkan hukum keatas diri saya..

 

“Telah saya kosongkan hati dan fikiran saya dari perasaan dan rasa yg negatif.. saya hanyalah manusia biasa dan hamba Allah yang satu..yang tidak mungkin akan terlepas dari melakukan kesilapan serta menerima ujian dan ketetapan dari-Nya…

 

“Apa yg saya harapkan hanyalah doa yg sebaik-baiknya dari awak semua.. dan begitu juga dgn saya.. mengharapkan awak semua juga diberi kebahagiaan yg abadi dunia akhirat… ??,” tulis Izreen.

Perkara yang lepas biarkanlah ia berlalu dan jangan dikenang lagi. MH harap dengan segala luahan hati pelakon ini, marilah kita saling maaf memaafi.

Sumber: Instagram Izreen Azminda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI