
Aktres jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir portal huburan tempatan yang telah memutarbelitkan kenyataannya mengenai isu anak.
Menurut Fazura, artikel yand diterbitkan portal hiburan tersebut adalah tidak benar dan kerana itulah dia jarang memberikan kenyataannya kepada pihak media.
Rasa kecewa itu telah disuarakan oleh Fazura menerusi Instagram story miliknya.

“Ada orang telah menghantarkannya kepada saya. Artikel ini sangat mengelirukan dan tidak masuk akal sama sekali. ‘Buka kilang’ dan ‘bukan kilang’ adalah dua perkara yang berbeza.
“Saya tidak tahu hendak buat apa dan saya ketawa pada masa yang sama. Ini adalah sebab kenapa saya jarang memberikan kenyataan kerana pasti ada orang yang akan memutar belitkannya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazura turut memberi nasihat kepada para bloggers di luar sana supaya sentiasa mendapatkan fakta yang betul ketika membuat laporan.
“Ini nasihat saya kepada semua bloggers. Tolong berhenti daripada mencuba untuk menjadi wartawan yang sebenar jika anda tidak mempunyai ilmu dan etika ketika membuat laporan atau anda terlalu malas untuk membuat rujukan. Dapatkan fakta sebenar sepatutnya menjadi keutamaan anda,” katanya lagi.
Foto: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] “Dulu Dagu Kotak, Hidung Kembang Kemek...,”- Netizen Mulai Bandingkan Perubahan Wajah Fatin Afeefa, Dulu & Kini. Motif? 8 [GAMBAR] “Dulu Dagu Kotak, Hidung Kembang Kemek...,”- Netizen Mulai Bandingkan Perubahan Wajah Fatin Afeefa, Dulu & Kini. Motif?](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/AAB7242E-F13C-4D0C-A75D-9600D3D4600E.jpeg)

![[GAMBAR] Tunai Wasiat Arwah Bapa Sanding Semula, Ini Foto-Foto Menarik Majlis Sanding Datuk Fazley Yaakob & Datin Azrene Soraya Abdul Aziz Malam Tadi 16 [GAMBAR] Tunai Wasiat Arwah Bapa Sanding Semula, Ini Foto-Foto Menarik Majlis Sanding Datuk Fazley Yaakob & Datin Azrene Soraya Abdul Aziz Malam Tadi](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/Screen-Shot-2018-11-28-at-3.12.43-AM.png)
