“Buat Perangai Gila, Habis Shooting 2-3 Pagi Boleh Lagi Merayau Naik Genting…,” – Jumpa PA Pertama, Ozlynn Wati Gelak Besar Teringat Zaman Dulu

Share

Pelakon Ozlynn Wati mengenang memori bersama ‘personal asistant’ (p.a) atau pembantu perinadi ketika fasa awal bergelar selebriti.

Sekian lama tidak bertemu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu sebagai keluarga sendiri mengenangkan pelbagai perkara dilakukan bersama-sama.

“Lama tak jumpa p.a pertama aku dulu. Selalu aku buat dia ponteng keje sampai berhenti terus sebab teman aku shooting. Sahabat yang aku dah anggap keluarga. Sama-sama buat perangai giler, habis shooting 2-3 pagi, boleh lagi merayau tak balik umah naik genting lepak-lepak.

“Balik rumah kena hamun dengan abah sebab balik lambat… tali pinggang polis atas kerusi standby nak hinggap badan jek. Dua-dua sama naik,” jelas Ozlynn.

Dia bagaimanapun bersukur kerana apa yang dilakukan menjadikan mereka sebagai insan yang lebih matang seiring usia.

“Aduhai kenang balik dulu-dulu memang gelak besar. Nakal nak mampuih dua-dua nih. Ada jek agenda. Alhamdulillah semakin dewasa semakin matang.

“Dapat luang masa kejap, nanti kita teh tarik pulak yek,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN