Pelakon dan pengacara, Mawar Rashid yang sebelum ini mendakwa telah mengalami kerugian sekitar RM15,000 apabila ditipu wanita yang dikenalinya, tampil memberi kenyataan menerusi Instagram.

Terdahulu, pelakon drama rantaiaon, Suamiku Paling Sweet itu ada membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mawar memohon jasa baik para pengikutnya supaya mendoakan dia dan beberapa mangsa lain mendapat hak sewajarnya. Pada masa sama, bintang ini turut memberi perincian mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

IKLAN

“Assalamualaikum semua, Mawar nak minta jasa baik followers Mawar untuk doakan supaya Mawar dan artis2 lain mendapat HAK kami balik. Ada seseorang individu ini, dia memiliki sebuah syarikat agensi. Mawar dapat tawaran untuk buat iklan digital Syarikat berjenama dari agensi tersebut.

 

“Mawar shooting selama dua hari. DUA HARI YANG FULL DAN SANGAT MEMENATKAN dan Mawar kena buat beberapa post berbayar dalam social media Mawar. Tetapi individu tersebut tidak membayar ‘payment’ Mawar. Dan yang paling menyedihkan ialah, Syarikat Berjenama itu sebenarnya dah bayar payment Mawar kepada individu itu dalam bulan sama yang Mawar shooting tu iaitu dari bulan October tahun lepas,” tulisnya.

Sementara itu, Mawar juga mengakui dia tidak faham mengapa individu yang dimaksudkan masih tidak memberikan bayaran diseperti ditetapkan. Bukan hanya melibatkan dirinya, tetapi artis lain juga.

IKLAN

“Mawar tak faham kepada individu itu ‘hold’ duit Mawar lama sangat. (Bukan duit Mawar sorang je, duit Artis lain juga. Rasanya kalau campur boleh jadi ratus ribu kot). Lepas tu, dengarnya individu itu pergi bercuti luar negara sana sini mungkin telah pun habiskan duit kami? wallahualam

 

“Individu itu berjanji akan membayar duit Mawar akhir bulan ini. Namun sebagai langkah keselamatan Mawar perlu ambil keputusan untuk buat laporan polis terlebih dahulu kerana bukan Mawar seorang yang terkena. Ramai lagi Artis lain yang kena tipu dengan individu ini. Mawar harap individu ini menunaikan janji dan pulangkan balik hak kami semua,” tulisnya sambil berterima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Buat Laporan Polis Terlebih Dulu Kerana Bukan Mawar Seorang Yang Terkena,” – Mawar Rashid

IKLAN

Foto: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI