Bintang Bersama Bintang 2018 akhir (BMB2018) yang bersiaran secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00 malam pada Ahad telah menobatkan Mark Adam sebagai juara dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumpah RM100,000.

Bagaimanapun, bintang asal Cebu, Filipina ini membuat kejutan apabila membuat pengumuman, dia mahu berkongsi sebahagian hadiah kemenangan tersebut dengan empat finalis lain yang bertanding!

Katanya, perkara itu (mahu berkongsi wang kemenangan) pernah dibincangkan dengan Issey, Achey, Shuk dan Ajak, tetapi bukanlah secara rasmi. Hanya cakap kosong semata-mata.

Mark memberikan RM15,000 setiap seorang kepada empat peserta lain dan bintang tersebut hanya mengambil RM40,000 sahaja.

IKLAN

“Saya rasa seronok dan gembira dengan kemenangan ini. Sebenarnya perkara ini pernah dibincangkan bersama. Sebab tak ada letak harapan untuk menang, saya hanya mahu buat yang terbaik. 

 

“Jadi bila diumumkan sebagai pemenang dan inilah yang saya mahu lakukan. Harap, rakan-rakan boleh memanfaatkannya dengan bersedekah kepada anak yatim atau mereka yang memerlukan,” jelas Mark kepada MH.

BMB2018 telah bersiaran selama tujuh minggu bermula 14 Januari lalu turut menampilkan seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa peserta dan para selebriti yang terlibat di pentas akhir ialah Shahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey (Isteri Achey).

Sementara untuk malam akhir, peserta diadili Saiful Apek selalu juri tetap dan Fasha Sandha sebagai juri undangan.

IKLAN

Sistem pemarkahan program yang dihoskan AG Kool FM ini pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% panel juri, manakala 30% lagi daripada undian secara online.

Selain berkongsi wang hadiah kemenangan, Mark turut memuji pasangannya pada malam itu, Khir Rahman yang disifatkan sebagai seorang yang cukup komited.

IKLAN

Pada masa sama, dia turut merakamkan ucapan terima kasih buat para peserta lain yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.

“Kami saling membantu sepanjang program berlangsung dan tiada istilah untuk bertanding. Hanya bust yang terbaik untuk kepuasan diri dan penyokong. Malam ini adalah rezeki saya dan tidak salah untuk saya berkongsi rasa gembira dengan yang lain,” akhiri Mark.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI