Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli yang kini bergelar seorang suami telah meraikan ulang tahun kelahiran isteri, Anis Sofea, beberapa hari lalu.

Menerusi entri di akaun media sosial Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Mimpi ini turut berkongsi momen ketika menyambut hari istimewa itu bersama isteri tercinta.

Buat Kejutan ‘Candle Light Dinner’, Peminat Puji Sikap Romantik Haqiem Rusli Buat Isteri – “Sweetnya, Moga Kekal Hingga Ke Jannah…” Buat Kejutan ‘Candle Light Dinner’, Peminat Puji Sikap Romantik Haqiem Rusli Buat Isteri – “Sweetnya, Moga Kekal Hingga Ke Jannah…”

Mencuri tumpuan ramai, pasangan ini dilihat sedang menikmati makan malam istimewa bersama dengan bertemankan cahaya lilin dan taburan kelopak bunga mawar.

Pada masa sama, Haqiem juga ada menitipkan ucapan istimewa buat suri hatinya itu.

“a special day for my wife,happy belated birthday love,thank you so much for being a good wife for me.𝐈 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐘𝐎𝐔 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

IKLAN

Buat Kejutan ‘Candle Light Dinner’, Peminat Puji Sikap Romantik Haqiem Rusli Buat Isteri – “Sweetnya, Moga Kekal Hingga Ke Jannah…”

Meninjau di ruangn komen, rata-rata peminat memuji sikap penyayang dan romantis yang ditonjolkan oleh penyanyi berusia 23 tahun ini.

“Sweetnye abng haqiem kt kak fea, sumph dear romantik sekali ye, untungnya kak fea dapat abng haqiem,” puji peminat.

IKLAN

“Tak sangka bigboss kita sweet gini semoga bahagia milik adik2 akak ni,” tulis lagi seorang wargamaya.

“Haqem sgt romantis, loving to sofeazz.. So sweet,” puji seorang wargamaya yang lain.

Buat Kejutan ‘Candle Light Dinner’, Peminat Puji Sikap Romantik Haqiem Rusli Buat Isteri – “Sweetnya, Moga Kekal Hingga Ke Jannah…” Buat Kejutan ‘Candle Light Dinner’, Peminat Puji Sikap Romantik Haqiem Rusli Buat Isteri – “Sweetnya, Moga Kekal Hingga Ke Jannah…”

IKLAN

imbas kembali, dengan dua kali lafaz Haqiem sah bergelar suami kepada Sofea atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada 19 November lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

nbsp;

Foto: Instagram Haqiem Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI