Jika anda semua masih ingat beberapa minggu yang lalu pelakon lelaki, Que Haidar ada berkongsi luahan hatinya yang ditujukan kepada pelakon-pelakon baru di akaun Instagramnya.

Rentetan daripada perkongsian itu, ada di antara rakan artis yang memberikan pendapat tentang komen tersebut dan antaranya adalah pelakon senior dalam industri seni.

Terbaru, Que telah memuat naik beberapa video di akaun Instagram bagi menjelaskan tentang komennya tempoh hari dan juga memohon maaf pada Aziz serta pengarah terkenal, Michael Ang.

Di ruangan kapsyen video tersebut pula, Que menulis,

“Buang yg keruh ambil yg jernih,” tulisnya.

Menurut video tersebut, Que telah menjelaskan tentang komennya tempoh hari di mana tujuannya adalah untuk menyeru rakan-rakan pelakon baru untuk mencari ilmu dan tiada langsung kepentingan buat dirinya.

IKLAN

“Sebenarnya niat saya masa tulis tu adalah untuk menyeru semua rakan-rakan pelakon yang baru untuk menimba ilmu dan itu niatnya, tak ada niat lain, tak ada kepentingan apa-apa ke atas diri saya sendiri,” jelasnya.

Que berkata lagi mungkin apabila tulisan itu dibaca pelbagai intonasi akan keluar dan bahasa yang digunakan olehnya dalam komen tersebut hanyalah untuk menarik perhatian orang ramai untuk mendengar apa yang mahu disampaikan olehnya.

“Kepada abang Aziz, saya minta ampun dan maaf kalau saya terkasar dan menyinggung perasaan abang Aziz, sebenarnya memang untuk kebaikan industri.

 

“Kepada Michael Ang, saya mintak ampun juga kalau benda ini mengguris hati dan memang tak ada niat lain dan semuanya demi kebaikan kita bersama,” ujarnya memohon maaf.

Que meminta supaya jangan ada yang salah faham dan niatnya hanyalah untuk kebaikan industri dan menyeru kawan-kawan pelakon untuk sama-sama menuntut ilmu.

Pelakon ini memberitahu lagi, teguran yang dilakukan ini adalah sumbangan pada insdustri.

IKLAN

“Saya selalu bertanya pada diri saya, apakah sumbangan saya pada industri jadi teguran ini saya anggap salah satu sumbangan saya dalam industri,” jelas Que lagi.

Di penghujung videonya itu, Que berharap agar penjelasan yang diberikannya dapat menjernihkan semula keadaan yang sudah keruh.

Mari kita lihat video penjelasan yang dikongsi oleh Que.

IKLAN

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Sumber: Instagram Que Haidar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI