Kalau anda penggemar siri asal Charmed, pasti kenal benar dengan Shannen Doherty yang membawa karakter Prue Halliwell yang merupakan kakak sulung dari tiga beradik ahli sihir yang baik.

Sempena dengan bulan Oktober yang merupakan bulan kesedaran kanser payudara, pelakon ini telah berkongsi kisahnya dalam melawan penyakit tersebut. Pada tahun 2015 dia telah disahkan menghidap kanser payudara yang kemudiannya merebak ke bahagian nodus limfa.

“Buang Payudara, Lalui Kemoterapi & Radioterapi,”- Shannen Doherty Kongsi Mesej Kesedaran Mengenai Kanser Yang Dihidapi
Bersama suami tercinta, Kurt Iswarienko.

Sehingga kini dia masih lagi bergelut dengan penyakit tersebut  apabila disahkan sudah berada di tahap empat. Namun dia kekal positif dalam menghadapi rawatan dan dugaan bagi memastikan kesihatannya kembali pulih.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 50 tahun ini memuat naik gambar wajahnya yang pucat, botak dan keadaan hidung berdarah kesan dari proses radioterapi dan kemoterapi yang dilalui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ShannenDoherty (@theshando)

IKLAN

Kongsinya, “Untuk bulan kesedaran barah payudara, saya ingin berkongsi lebih banyak perjalanan peribadi saya dari diagnosis pertama hingga kedua. Adakah semuanya indah? TIDAK! Tetapi benar dan harapan saya untuk berkongsi agar kita semua menjadi lebih berpendidikan, lebih memahami apa sebenarnya kanser.

“Saya harap saya berjaya mendorong anda untuk mendapatkan mamogram, melakukan pemeriksaan berkala, untuk mengatasi rasa takut dan menghadapi apa sahaja yang mungkin ada di hadapan anda.”

“Buang Payudara, Lalui Kemoterapi & Radioterapi,”- Shannen Doherty Kongsi Mesej Kesedaran Mengenai Kanser Yang Dihidapi
Saat terlantar akibat kesan kemoterapi dan radioterapi.

Bercerita dengan lebih lanjut, Shannen juga mengimbau kembali kenangan dia ketika mula-mula mengetahui dirinya menghiadapi penyakit ini dan apa yang dilakukan untuk kekal positif dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang penuh dengan kebaikan agar membantu kesihatan mentalnya.

IKLAN
“Buang Payudara, Lalui Kemoterapi & Radioterapi,”- Shannen Doherty Kongsi Mesej Kesedaran Mengenai Kanser Yang Dihidapi
Melakukan pemeriksaan mamogram.

Ujarnya, “Pada tahun 2015 saya disahkan menghidap barah payudara. Saya menjalani mastektomi (proses buang payudara) dan melakukan kemoterapi dan radioterapi. Saya mengalami banyak pendarahan hidung dari kemoterapi. Tidak pasti jika ada di antara anda yang mengalami ini. Saya juga terlalu letih. Saya menggembirakan diri dengan mengenakan baju tidur lucu yang diberikan oleh rakan saya, Kristy. Adakah perkara itu benar-benar menghiburkan saya? Ya!

“Saya kelihatan tidak masuk akal dan dalam keadaan tidak masuk akal  itu, saya mentertawakan diri sendiri. Mencari perkara melucukan membantu saya melalui apa yang kelihatan mustahil.”

Sumber: Instagram Shannen Doherty

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI